Thursday, June 03, 2010

Seluruh dunia kutuk Israel

ANKARA 1 Jun - Israel menghadapi gelombang kemarahan masyarakat dunia berikutan tindakan komandonya menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang aktivis pro-Palestin yang menyertai 'Flotila Pembebasan Gaza' terbunuh.

Turki, antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Yahudi itu telah bertindak membekukan hubungan ketenteraan.

Para pemimpin Islam pula menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak, serta protes anti-Israel diadakan di banyak negara.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, beliau terkejut dengan tindakan tentera laut Israel menyerang konvoi yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin di perairan antarabangsa.

Beberapa negara telah memanggil duta-duta Israel untuk menyuarakan bantahan terhadap serangan itu.

Ketika berpuluh-puluh ribu penduduk dunia melancarkan protes di serata dunia, Ki-moon menggesa Israel memberi penjelasan segera mengenai serangan tersebut.

Laporan semalam menyebut 19 aktivis pro-Palestin maut, manakala 30 yang lain cedera.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar hari ini dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu menyifatkan serangan semalam sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah kerajaan tanpa sebarang justifikasi.
 
-------------
 
Mungkin sudah tiba masanya untuk seluruh dunia belajar berkomunikasi dengan regim zionis dengan cara yang lebih efektif. Seperti mana biasa kutukan, persidangan PBB dan lain lain tidak akan membawa apa makna dan perubahan melainkan hanya terus membenarkan israel terus melakukan kezaliman. dari zaman carter ke zaman obama amerika lah yang sebenarnya bertanggungjawab atas segala yang berlaku dalam jenayah israel di gaza yang mana mereka inilah sebenarnya yang membenarkan apa yang berlaku di palestin.
 
apa yang berlaku jauh lebih buruk dari holocaust dimana rakyat palestine dibunuh secara hidup2 dan berterusan tanpa henti. rakyat tidak mempunyai kebebasan di tanah air sendiri dan berbagai kekangan yang tidak masuk akal. bukan lah israel ini terlalu kuat walaupun dengan bantuan amerika tetapi kelemahan negara negara arab yang dungu menjadikan mereka nampak seperti polis dunia yagn terlalu hebat.
 
hanya dengan andaian dan cerita dongeng mereka boleh menceroboh iraq, afganistan dan banyak lagi negara nara lain yang mempunyai kekayaan tetapi pembunuhan berterusan di palestine hanyalah dibalas dengan rundingan demi rundingan.. dan dalam masa yang sama tanah2 israel menjadi semakin luas..jika mereka diperangi dengan kaedah yang sama barulah ia akan memberi impak kepada israel, perang dari segi ekonomi, fizikal , ketenteraan dan sebagainya..
 
kami mendoakan keselamatan seluruh pasukan bantuan kemanusiaan ke palestine.

Comments:
memang babi yahudi ni...
 
This comment has been removed by a blog administrator.
 
'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?