Tuesday, May 25, 2010

Umno Tidak Terlibat Perhimpunan GAS Terhadap Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Umno tidak terlibat dalam perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dunia Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, kata Setiausaha Eksekutif UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh.

Umno tidak menempah Dewan Merdeka di PWTC seperti yang didakwa Ketua Pemuda MIC T.Mohan hari ini, katanya ketika dihubungi.

Mohan memberitahu persidangan berita sebelum satu mesyuarat Pemuda MIC hari ini bahawa beliau menyemak dengan PWTC pagi ini dan mendapati bahawa tempahan itu dibuat Umno di Dewan Merdeka, antara 2 petang dan 5 petang pada Ahad.

Katanya beliau tidak tahu di peringkat mana Umno terlibat tetapi "mungkin seorang atau dua orang".

Katanya polis sepatutnya tidak memberikan permit bagi perhimpunan haram seperti ini kerana GAS bukan sebuah badan berdaftar.

Beliau juga memberi amaran bahawa anggota MIC yang menyertai perhimpunan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti.

Ketika ditanya jika ada yang akan dibuang, beliau berkata jika ada "mereka yang berpenyakit" merancang untuk merosakkan parti, tindakan itu merupakan jalan penyelesaian.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu telah memecat empat anggota parti termasuk anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan, yang menyertai kempen mendesak beliau untuk berundur sekarang daripada lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh penggalnya berakhir pada Mei 2012, seperti yang dinyatakannya sebelum ini. - BERNAMA
 
-------------
 
 
 

Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?