Tuesday, April 27, 2010

Tahniah Barisan Nasional

 
HULU SELANGOR 26 April - Sehari selepas bergelar wakil rakyat Hulu Selangor, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan tanpa berlengah menunaikan janji untuk kembali bertemu dengan rakyat.
Menurut Kamalanathan, beliau bersedia untuk mengenali dengan lebih dekat "rakan-rakannya" di kawasan Parlimen ini di samping mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepadanya.

Beliau juga kini bersedia untuk bekerja keras bagi membalas kepercayaan pengundi selain menunaikan janji-janji yang dibuat sepanjang tempoh berkempen minggu lalu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi tugasan kepadanya iaitu mengenal pasti setiap janji yang dibuat oleh pemimpin BN agar ia dapat ditunaikan tanpa ada yang terlepas pandang.

"Saya berterima kasih kepada pengundi yang mengembalikan kerusi ini kepada BN setelah dua tahun dipinjamkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kini saya diamanahkan untuk mengenal pasti setiap janji yang dibuat ketika berkempen.

"Strategi saya ketika ini adalah untuk meneliti janji mana yang boleh diselesaikan dengan serta-merta dan janji mana yang perlu perancangan teliti agar perjalanan kerja saya lebih sistematik," katanya.
---------
 
Arus perubahan yang mula terasa bilamana rakyat Hulu Selangor telah memilih BN sebagai parti pilihan mereka jelas menunjukkan keyakinan dan pembaharuan yang dimahukan rakyat. Walaupun dengan majaroti tidak sampai 2000 tetapi ini isyarat jelas yang ramai masih yakin dengan perjuangan BN.
Tahniah dan syabas kepada P Kamalanathan yang telah diberi mandat untuk berbakti kepada rakyat Hulu Selangor juga kepada seluruh jentera BN yang telah memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
 
Keputusan telah menunjukkan yang polemik diguna pembangkang tidak lagi dapat diterima rakyat dimana pembangkang secara jelas telah gagal dalam memperjuangkan nasib rakyat. Mereka harus belajar menghormati pengundi dengan tidak hanya menuding jari dan melontar pelbagai tuduhan bila rakyat tidak mahu lagi pimpinan mereka.
 
Syabas dan tahniah.
Bekerjalah lebih keras dan dengan bijaksana

Comments:
Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah
 
cantik...boleh dipertimbangkan tu tp saiful mana yeak?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?