Monday, April 12, 2010

Negeri Sembilan kuasa baru bola sepak tempatan

KUALA LUMPUR - Kejayaan menjulang Piala FA kelmarin, membuktikan skuad Negeri Sembilan kini merupakan kuasa baru bola sepak negara, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan,

Namun, beliau mahu skuad Rusa mengekalkan prestasi dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Menurut Mohamad, yang juga Menteri Besar nyata gembira kerana anak buah Wan Jamak Wan Hassan berpegang kepada nasihat yang diberikannya.

''Pemain membuktikan mereka mampu beraksi secara konsisten selepas menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

''Saya harapkan lebih banyak kejuaraan akan diraih oleh skuad Negeri Sembilan musim ini.

''Menyentuh persembahan mereka pada malam ini, saya amat sukacita dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pemain kerana selepas tujuh musim menunggu, Negeri Sembilan akhirnya kembali bergelar juara Piala FA, '' katanya ketika ditemui selepas penyampaian trofi Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Mengenai ganjaran, Mohamad menjelaskan, janji sebelum ini akan ditunaikan, iaitu ganjaran RM400,000 termasuk RM 200,000 selepas muncul juara Piala FA.

''Saya akan gunakan formula yang sama seperti kejohanan Piala Malaysia lalu, iaitu menyediakan habuan kepada para pemain yang berjuang bermati-matian untuk menjulang nama Negeri Sembilan.
 
-------------------
Tahniah kepada seluruh pasukan N Sembilan yang berjaya merangkul Piala FA iaitu piala kedua dalam masa kurang dari 6 bulan. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dalam memartabatkan sukan bolasepak di N Sembilan.
 
SYABAS dan TAHNIAH

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?