Tuesday, April 06, 2010

Cabar kekuatan di Bukit Putus

KUALA PILAH 5 April - Jika dahulu jalan lama Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelbagai jenis kenderaan, tetapi kini ia senyap sunyi.

Bukan kerana laluan itu 'lenyap' dari peta Negeri Sembilan, tetapi ia telah diubah ke laluan yang lebih selesa di jalan baru Seremban-Kuala Pilah yang lebih lurus dan cepat.

Namun, nostalgia jalan lama itu yang suatu ketika dahulu ibarat 'Laluan Sutera' atau laluan perdagangan, dikembalikan semula kehebatannya.

Tetapi kali ini, ia bukan untuk laluan kenderaan tetapi menjadi medan larian untuk acara paling menonjol dan bakal menjadi acara berprestij yang dikenali sebagai Larian Bukit Putus.

Para peserta yang ditemui berkata, ia adalah acara larian paling sukar apatah lagi mereka perlu mendaki, membelok, menuruni bukit dan paling sukar apabila peserta mula hilang stamina.

Bagi J. Karkhtik, 21, laluan bagi Larian Bukit Putus benar-benar mencabar kekuatannya.

''Dahulu bila menggunakan kenderaan, saya tidak menyedari ia satu laluan yang sukar, tetapi apabila menyertai larian ini, barulah saya tahu ia satu aktiviti yang paling sukar untuk dilakukan.

''Bagi saya, ini merupakan satu lagi produk pelancongan untuk Negeri Sembilan yang boleh menarik pelancong sekali gus menjadikan ia sebagai larian yang dikenali serata dunia," katanya di sini baru-baru ini.

Larian Bukit Putus sejauh 18.9 kilometer yang julung kali diadakan itu menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kerajaan negeri turut menaja RM2,000 akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang diedarkan secara percuma kepada peserta acara larian itu, baru-baru ini.

aan, saya tidak menyedari ia satu laluan yang sukar, tetapi apabila menyertai larian ini, barulah saya tahu ia satu aktiviti yang paling sukar untuk dilakukan.

''Bagi saya, ini merupakan satu lagi produk pelancongan untuk Negeri Sembilan yang boleh menarik pelancong sekali gus menjadikan ia sebagai larian yang dikenali serata dunia," katanya di sini baru-baru ini.

Larian Bukit Putus sejauh 18.9 kilometer yang julung kali diadakan itu menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kerajaan negeri turut menaja RM2,000 akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang diedarkan secara percuma kepada peserta acara larian itu, baru-baru ini.
 
-------------
 
Semoga usaha murni kerajaan N Sembilan ini dapat diteruskan dengan idea yang bijak laluan yang mungkin tidak ada nilai komersil ini mungkin boleh menjadi produk pelancongan dan juga membawa pulangan ekonomi kepada N Sembilan.
 
Juga diharapkan lebih promosi dapat diadakan supaya lebih ramai yang dapat menyertai aktiviti ini di masa depan.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?