Monday, March 22, 2010
Sepak takraw NS dapat nafas baru
SEREMBAN – Penubuhan Jawatankuasa Penaja Gabungan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Gastans) memberi nafas baru terhadap pembangunan dan kemajuan sukan berkenaan di negeri ini.
:Presidennya, Shamsuddin Othman berkata, aktiviti sukan sepak takraw di negeri ini agak lesu sejak Gastans terbatal pendaftarannya pada November tahun lalu.
"Jawatankuasa penaja yang baru dilantik lebih mantap dan berupaya meningkatkan pencapaian pasukan sepak takraw negeri ini di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
"Penubuhan semula Gastans akan menjadikan usaha mempromosi dan pembangunan sukan berkenaan lebih teratur dan terurus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Klana Resort di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Presiden Gastans, Abu Karim Md Dom; Naib Presiden Gastans, Shahrul Ekhsan Osman dan Setiausaha Gastans, Norsa Mohd Tisan.
:Sementara itu, Shamsuddin berkata, tumpuan utama persatuannya dalam tempoh masa terdekat adalah persiapan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka pada Jun depan.
"Kita yakin skuad sepak takraw ini mampu men�yumbang pingat emas untuk kontinjen Sukma negeri ini," katanya.
Berhubung perancangan jangka panjang, beliau berkata, Gastans akan menjalankan pencarian bakat baru sepak takraw dalam kalangan remaja.
"Langkah itu perlu bagi memastikan kesinambungan pemain pelapis sukan sepak takraw di negeri ini.
"Semua pemain muda terbabit bakal menerima bimbingan secara profesional selain didedahkan dengan kejohanan berprestij di dalam dan di luar negara," katanya.
-----

Semoga dengan penubuhan jawatankuasa ini akan dapat memperkembangkan lagi sukan sepak takraw bukan hanya sebagai landasan sukan tetapi juga penglibatan lebih ramai belia dalam akitivi kesukanan. Corak dan perubahan harus dilakukan dalam memastikan ia berupaya menarik minat para belia dan semua lapisan masyarakat untuk memartabatkan lagi sukan sepak takraw khususnya di N Sembilan dan Malaysia amnya.