Monday, February 08, 2010

Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Kritikan terbuka yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin pembangkang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini menunjukkan berlaku keretakan serius dalam pakatan itu dan hanya menanti masa untuk berpecah.

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berlaku disebabkan tiada persefahaman sesama mereka berikutan ideologi yang berbeza.

"Disebabkan perkahwinan politik yang tidak berdasarkan kepada persefahaman, inilah yang berlaku.

"Saya fikir keretakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang seumpama retak menanti belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan program Hari Mesra Bersama Menteri Pertahanan.

Program sehari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan pameran oleh pihak-pihak terlibat.

Beliau mengulas mengenai kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis
 
---------
 
Seperti skrip yang sudah dihafal. Apa jua isu yang timbul Lim akan menyalahkan kerajaan BN dalam isu ini. Melayu dan kaum lain di Pulau Pinang harus sedar dakyah yang dibawa oleh Lim hanya akan menguntungkan DAP jauh sekali mahu membela nasib orang Melayu. Jika ahli parlimen mereka sendiri tidak boleh berbincang dan saling bertolak ansur dan berkomunikasi apatah lagi untuk membela nasib orang Melayu.
 
Sebagai orang luar Lim jelas sama sekali tidak dapat mentadbir Pulau Pinang kearah yang lebih baik tetapi hanya mementingkan kepentingan politik dan DAP semata mata. Bagaimana pula isu di kampung Buah Pala. Adakah nampak seperti mahu membela nasib rakyat India di sini. DAP jelas tidak dapat melaksanakan konsep demokrasi yang kononya diamalkan tetapi lebih kepada politik berat sebelah kepada DAP. Juga isu tender terbuka dia masih tidak dapat mengeluarkan secara terperinci butiran yang diminta dalam menjelaskan jumlah amaun kepada tender tender tersebut. Adakah dia takut jika jumlah sebenar diketahui umum?
 
Barisan Nasional seharusnya tidak leka dengan isu isu dan lakonan Lim sebaliknya harus meningkatkan usaha dalam membela nasib rakyat di Pulau Pinang.
 
 

Comments:
guan eng memang anti melayu...bangunlah oiii dan tukar manusia cauvinis tu.
 
dio monang kek undi melayu jo. komunis
 
memang babi anak cino gampang ni. yg bangang org penang ni ambik cino melaka jd ketuo apasal??? penangites dah tak ado yg pandai ke atau guan eng ni memang pandai kencing org penang?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?