Saturday, January 23, 2010

Takziah di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Umno Taman Paroi Jaya merakamkan rasa dukacita dan salam takziah kepada seluruh kerabat Diraja Negeri Johor juga rakyat Negeri Johor terutamanya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda baginda
Al Fatihah.

Monday, January 11, 2010

Serangan Gereja di Seremban 2

SEREMBAN: Pemasangan kamera tertutup (CCTV) di sekitar bandar ini akan dipertingkatkan di tempat-tempat sensitif terutama selepas berlakunya perbuatan sabotaj terhadap gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Seremban 2 hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini bandar Seremban sudah mempunyai 21 kamera CCTV dan banyak lagi akan dipasang dalam fasa kedua tidak lama lagi.

"Kita akan pasang di tempat-tempat strategik. Pada hari siang ia akan dipantau oleh Majlis Perbandaran Seremban dan waktu malam ia akan diserahkan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas melawat gereja berkenaan di kawasan Lake View Square.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh pula berkata, perbuatan sabotaj itu menunjukkan ia bukan mahu membakar gereja tersebut tetapi lebih bertujuan untuk provokasi. - BERNAMA
----------
 
Umno Paroi Jaya mengutuk keras tindakan individu yang melakukan serangan atau apa sahaja bentuk keganasan terhadap rumah ibadat tidak kira samada Kristian dan sebagainya. Konsep hidup bermasyarakat seharusnya menjadi tunjang kerharmonian yang mana telah termaktub dalam perlembagaan bilamana Agama agama lain boleh diamalkan asalkan ia tidak menganggu gugat kesejahteraan Agama islam.
 
Cuma yang perlu diperhalusi apakah motif dan tujuan sebenarnya pihak The Herald Weekly mahu menggunakan perkataan Allah dalam majalah mingguan mereka. Adakah dengan penggunaan perkataan Tuhan tidak memadai. Ini dari satu sudut lain pula boleh dilihat sebagai provokasi kepada umat Islam di Malaysia ini sedangkan mereka sudah semestinya memahami tentang sensitiviti beragama. Mereka sebolehnya mencari kelemahan undang undang dalam memastikan tujuan mereka terlaksana. Jika semua isu boleh diselesaikan di mahkamah sudah semestinya Palestin dan Gaza telah lama aman.
 
Mereka menyedari hakikat ini tetapi mungkin ada tujuan lain yang kita harus berhati hati supaya tidak terpedaya dengan muslihat mereka samada dalam jangka waktu terdekat mahu pun njang masa panjang. Umno Paroi Jaya menolak sekeras kerasnya penggunaan kalimah suci ini oleh pihak bukan Islam tetapi juga menolak bentuk kekerasan yang digunakan walau pun kita teramat sedar yang kita tidak akan mampu mengawal sensitiviti manusia hanya dengan undang undang justeru itu ramai yang akan bertindak melangkaui batasan.
 
 

Wednesday, January 06, 2010

MB Terkejut Dan Simpati Kes Kematian empat Sekeluarga

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melahirkan rasa rasa simpati dan dukacita kepada sebuah keluarga yang kehilangan empat anggotanya akibat dibunuh di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, petang semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata kejadian itu adalah suatu yang amat mengejutkan dan berharap siasatan dapat diselesaikan segera oleh pihak polis.

"Saya bagi pihak kerajaan negeri amat bersimpati dan kita berdoa semua arwah berada di kalangan orang yang soleh," katanya kepada pemberita ketika meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama beberapa anggota keluarga berkenaan di bilik mayat Hospital Tuanku Jaafar di sini malam tadi.

Mayat keempat-empat mangsa pembunuhan ngeri itu dibawa dengan sebuah trak polis lewat malam tadi untuk dibedah siasat.

Turut berada di situ ialah Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh dan Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin.

Dalam kejadian itu, empat orang yang terdiri daripada sepasang warga emas, Atan Daud, 90 dan isterinya Sutiah Katas, 80, menantu mereka, Ismail Awang, 76, dan cucu Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan di kampung berkenaan.
..........
 
Umno Taman Paroi Jaya mengucapakan salam takziah kepada keluarga Siti Mariam.
Salam Takziah & Al Fatihah

Friday, January 01, 2010

AL FATIHAH-Tan Sri Mohamed Rahmat Kembali Ke Rahmatullah

Al Fatihah dan Salam Takziah Bagi keluarga Tan Sri Mohamed Rahmat yang kembali ke ramatullah pagi ini.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

ALFATIHAH

This page is powered by Blogger. Isn't yours?