Wednesday, July 29, 2009
TOK MAT ketuai konvoi motosikal jelajah NS
SEREMBAN 28 Julai - Sebanyak 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan menyertai konvoi Jelajah Menteri Besar Negeri Sembilan mulai 31 Julai hingga 1 Ogos ini.
Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Badrulhisham Abd. Rahman berkata, lebih istimewa lagi, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai konvoi tersebut yang dianjurkan sempena Pesta Motosikal Antarabangsa Port Dickson 2009.
Menurut beliau, pelepasan peserta bakal disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail di pekarangan Hotel Royale Bintang dekat sini Jumaat ini.
''Seterusnya konvoi akan bergerak ke lokasi-lokasi pelancongan terpilih sekitar negeri ini dan Eagle Ranch Resort, Port Dickson merupakan destinasi terakhir," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Badrulhisham memberitahu, penjelajahan meliputi jarak keseluruhan 298.5 kilometer dan akan singgah di beberapa inap desa di Klawang, Gemas serta Port Dickson.
Tambah beliau, antara lokasi lain yang akan disinggahi sepanjang perjalanan itu termasuk Hutan Lipur Jeram Toi, Masjid Kuala Dulang dan Muzium Adat di Jelebu; Hutan Lipur Serting Ulu dan Teratak Zaaba di Jempol serta Gunung Tampin dan Tugu Peringatan Sungai Kelamah di Tampin.
''Selain itu, peserta konvoi berpeluang melawat Taman Sukabumi, Lembah Lemang dan Kompleks Rembau Kristal di Rembau serta Muzium Lukut, Muzium Tentera Darat dan Pulau Cahaya Negeri di Port Dickson," jelasnya.
Katanya, aktiviti lain di Eagle Ranch Resort, Port Dickson pada 1 Ogos ini termasuk pameran dan pertandingan motosikal, cuci motosikal amal serta persembahan muzik.
Thursday, July 16, 2009
Negri MB has shown great foresight
I applaud the decision by Negri Sembilan Mentri Besar in rejecting an RM8bil investment to set up a petrochemical plant in Port Dickson (The Star, June 26).
The decision was prudent because the trade-off for the loss of economic revenues and job opportunities generated by tourism industries along the Port Dickson coast is unlikely to be compensated by the petrochemical plant. A more important concern is that of the health and safety of the local residents and environment.
Petrochemical is a heavy industry that produces chemical products derived from petroleum. In the process, toxic chemicals such as Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs), benzene, toluene, sulphur dioxide – among many other pollutants – are released into the air, river and sea. Some of the prominent petrochemical plants in Malaysia are located in Kertih, Labuan, Pasir Gudang, Port Dickson and Miri.
In the last couple of years, more petrochemical plants have been proposed throughout the country. Some of them, like the one in Sungai Pulai, Johor, have sadly been earmarked in an environmentally sensitive area that has one of the most productive mangrove ecosystems in the country.
If we sum up the values of the ecosystem services derived from the mangrove forest in terms of water purification, oxygen production, fisheries productivity, endangered species conservation, tourism and flood prevention for the next 100 years, the value would dwarf revenues generated by a petrochemical plant occupying the same acreage of land.
One day, when the world runs out of fuel and when critical ecosystems are depleted or no longer functional, what kind of environment will our future generations have to bear? Aren't we supposed to be more actively engaging and exploringhttp://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/16/focus/4325795&sec=focus
Seorang pemimpin yang berani bukan sahaja berani membawa kemajuan tetapi juga risiko dan pertimbangan wajar atas kemajuan yang dibawa. Sebagai anak N Sembilan kami berbangga dengan keputusan yang diambil oleh Dato Seri Mohd Hj Hasan bukan hanya berdasarkan faktor keselamatan tetapi juga demi kepentingan ekosistem bagi generasi masa depan.
Sebagaimana dia telah berjaya mengatasi isu penternakan babi di kawasan Bukit Pelanduk seharusnya menjadi ikutan dan panduan bagi pemimpin pemimpin lain. Isu yang membawa kepentingan semua seharusnya menjadi pedoman terutamanya kepada pemimpin pembangkang yang mengenepikan hak orang ramai seperti kerajaan Selangor yang mahu membina kandang babi moden dan juga di Kedah yang menimbulkan kekecohan hanya untuk melupuskan pusat penyembelihan babi.
Mereka seharusnya malu bila kononnya memperjuangkan Islam tetapi apa yang dilakukan sebaliknya, dan pemimpin yang benar benar berjuang atas landasan kepentingan awam harus berani mengambil keputusan walaupun tidak membawa populariti.
Kita tidak menolak kemajuan sebagaimana kita menyokong penuh usaha meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik didalam Bahasa Inggeris tetapi sebarang kemajuan yang dibawa biarlah benar benar bermanfaat untuk semua dan bukan hanya mengikut arus pemodenan tetapi berkepentingan bagi masyarakat dan orang awam. Orang ramai pasti akan dapat menilai kerana apa yang terjadi di Manik Urai sudah membuktikan ramai yang telah sedar yang Pas mempunyai hala tuju yang kabur dan tidak berani membuat keputusan dalam perjalanan politik mereka tetapi lebih kepada sandiwara didalam pakatan rakyat dan Pas sendiri.
Umno tidak boleh duduk diam dan menantikan kejayaan mudah dalam PRU13 atas kesilapan dan kelemahan parti lain tetapi harus kembali memperkasakan perjuangan Umno sendiri dan tidak terlalu leka untuk menjadikan Pr sebagai benchmarck kerana kita harus sedar yang standard perjuangan yang perlu ditetapkan demi rakyat Malaysia mestilah ditahap tertinggi.
Umno Taman Paroi Jaya menyokong penuh usaha Dato Seri Mohd Hj Hasan dalam menolak kemajuan yang tidak relevan dan berisiko kepada rakyat
Sunday, July 05, 2009
Pakatan P. Pinang kalut
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyindir Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang tidak mengotakan apa yang pernah dikatakannya.
Zahrain juga mahu Guan Eng bersemuka sendiri dengan penduduk Kampung Buah Pala.
Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi mendakwa seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada PKR menyalahgunakan kuasa.