Thursday, June 25, 2009

MT UMNO ditentukan 2.3j ahli?

KUALA LUMPUR 24 Jun - Perubahan sama ada pemilihan pucuk pimpinan UMNO dibuat oleh 2.3 juta ahlinya atau di tangan 10,000 ahli peringkat bahagian akan ditentukan melalui maklum balas yang sedang dikumpul oleh sebuah jawatankuasa teknikal.

Jawatankuasa teknikal yang ditubuh di bawah Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan itu kini sedang berusaha mendapatkan pandangan dan maklum balas ahli.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, maklum balas itu dihimpun daripada mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung di seluruh negara ketika ini dan maklum balas peringkat bahagian juga akan dihimpun apabila mesyuarat peringkat itu bermula.

"Urusan pemilihan kepimpinan tertinggi kini hanya dibuat oleh 2,000 lebih ahli (perwakilan). Jumlah itu perlu diperluaskan, sama ada 10,000 ahli-ahli bahagian atau semua 2.3 juta ahli.

"Perkara itu akan diteliti Jawatankuasa Teknikal manakala Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan akan berikan hala tuju dan bimbingan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas janji Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan perlembagaan parti itu dipinda sebahagiannya bagi membantu memperkukuhkan UMNO.

Proses memindahkan hak memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merupakan sebahagian daripada janji yang dinyatakan sebelum ini.

Banyak pihak melihat prosedur pemilihan ahli MT ditangan kira-kira 2,000 perwakilan semasa pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO seperti yang menjadi amalan selama ini sebagai tidak mencerminkan kehendak akar umbi selain bilangan perwakilan yang sedikit terdedah dengan mudah kepada politik wang.

Mesyuarat cawangan bermula 15 Mei lalu akan berakhir 30 Jun ini.

-------------

 Semoga pintu perbincangan dan ruang untuk memberikan maklum balas ini digunakan sebaiknya oleh para ahli dalam menentukan hala tuju Umno diseluruh Malaysia pada mesyuarat yang akan diadakan. Diharapkan maklum balas positif dan membina dapat dibincangkan sebaiknya samada perlu atau pun tidak proses pemilihan ini diperluaskan atau pun tidak.

Dari satu sudut mungkin pandangan lebih ramai ahli diperlukan dalam pemilihan pucuk pimpinan atau pun dari sudut lain pemilihan dari peringkat bahagian sudah memadai kerana jika pemilihan melibatkan lebih 2juta ahli sudah tentu ia melibatkan kos dan tempoh yang lebih panjang tetapi ia berkemungkinan tinggi dapat mengekang politik wang berleluasa kerana melibatkan kesemua ahli.

Ia terpulang kepada para ahli dalam menyampaikan pendapat masing masing, asalkan ia dapat merumuskan kearah Umno yang lebih berkualiti dan mapan.

 

 


Comments:
Sebenarnya elok utk semua lapisan dan bukan sahaja majlis tertinggi. Ini adalah kerana ramai sgt yg syok sendiri dan juga bertindak memastikan bahawa org2 yg menjadi geng mereka shj yg memegang jawatan di pihak cawangan. Oleh itu, saya mmg bersetuju kerana yang betul2 layak dan berkaliber sahaja yg boleh menerajui UMNO. Beliau akan dinilai dari segi akhlak, sahsiah dan juga kewibawaannya.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?