Saturday, June 20, 2009

Dr. M: Kerajaan perpaduan tidak baik

KUALA LUMPUR 19 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan penubuhan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada UMNO dan Pas iaitu 100 peratus pemimpin bumiputera tidak baik untuk negara.

Bekas Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak sesuai untuk penubuhan kerajaan 100 peratus pemimpin bumiputera kerana selama ini UMNO sentiasa berkongsi kuasa dengan rakan-rakan iaitu MCA dan MIC serta parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Kalau UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan bersama Pas dengan meninggalkan rakan-rakan dalam BN, ia merupakan pemerintahan satu kaum yang boleh dianggap sebagai tindakan perkauman dan ia akan menyukarkan negara ini,'' katanya.

------------
 
Adakah keperluan untuk menubuhkan kerajaan bersama ini bertujuan untuk mewujudkan yang terbaik bagi negara Malaysia ataupun yang terbaik bagi orang Islam. Jika terbaik bagi orang Islam tiada keperluan sebenarnya dalam menubuhkan kerajaan yang 100% bumiputera kerana dalam masyarakat gabungan atau pun majmuk sudah semestinya peranan rakan rakan lain didalam Barisan Nasional yang juga telah banyak menyumbang dalam pembangunan Malaysia diambil kira. Umno telah mempunyai landasan lengkap dan terbaik bukan hanya kepada orang Islam tetapi juga kepada semua.

Tetapi jika kerajaan perpaduan ini boleh menjurus kearah matlamat 1Malaysia yang diwar warkan oleh Perdana Menteri Malaysia sudah semestinya ia harus dilaksanakan demi kebaikkan semua. Kita tidak mahu formula yang digunapakai dalam pakatan rakyat menjadi asas dalam perbincangan kerajaan perpaduan ini kerana ia jelas membawa keruntuhan dan kekeliruan kepada masyarakat. Dari suatu sudut Tuan Guru Nik Aziz mengatakan PR lebih baik tetapi dari suatu sudut pula PAS mahu Kerajaan Islam di Malaysia. Diantara parti didalam PR juga tidak jelas antara matlamat masing masing bagaimana pula mereka hendak bekerjasama dan lebih baik dari apa yang telah diamalkan oleh Barisan Nasional.
 
Pemimpin tertinggi mereka juga jelas tiada komunikasi dan perbincangan sebelum sesuatu isu diutarakan, bagaimanakah nanti Kit Siang, Kapal dan Tuan Guru hendak berbincang sedangkan mereka mahu kapal mereka dengan haluan masing masing. tetapi mesej mudah yang dapat dilihat pada masa ini Pas telah dikuda kudakan oleh PKR yang jelas tiada kekuatan sebenarnya tetapi hanya menumpang dalam melaksanakan cita cita dan agenda politik mereka.
 
Umno seharusnya menjadikan ia sebagai iktibar supaya parti dan landasan perjuangan mesti diutamakan dari kepentingan peribadi dan individu. 

Comments:
pas bukan dikuda tapi digula2 oleh anwar yg gila kuasa dan sanggup bekerjasama dengan parti yang terang2 menentang islam..dap@serpiahan pap di negara jiran. anwar dulu canag kulu kilir nak tubuh kerajaan baru dengan mencanag ramai wakil rakyat akan melompat ke gabungan parti haram2tak berdaftar tapi sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA DAN ADIL tup2 di perak yang melompat ke BN. dulu hadi samakan org UMNO (masa tu anwar adalah org kuat UMNO) dengan kafir dan tok guru kata lebih baik bekerjasama dgn syaitan tapi kini terang2 memeluk perjuangan dap yang terang2 menghentam kepimpinan yang didakwa lebih keislaman Siapa nak jawab tu?? lu pikirlah sendiri.
 
anwar memamgkaki penipu dan perosak bangsa. guna dan gula2kan pas dan dap bagi mendapat kuasa. dia ni dah gila kuasa dan akan halalkan cara bagi mendapatkan kuasa. ALLAH MAHA KAYA...kita tgk apa kesudahannya nanti. hidup UMNO demiperjuangan Agama Bangsa dan Negara.
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?