Thursday, May 28, 2009

Pemuda Umno bimbang pelbagai desakan akan jejas 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai begitu banyak desakan terbuka yang dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.

Naib ketuanya Datuk Razali Ibrahim berkata desakan-desakan itu dilihat akan menggagalkan hasrat 1Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Desakan Hindraf sangat keterlaluan dan bersifat ugutan demi faedah satu kaum, (manakala) isu Chin Peng sengaja dibuat untuk mengelirukan sejarah pembinaan negara," dalam kenyataan kepada Bernama.

"Apapun tujuannya, harapan 1Malaysia perlu diambil kira dalam setiap tindakan kerana negara sememangnya terbina di atas asas kerjasama dan pengorbanan semua," tambahnya.

Beliau berkata jasa perajurit yang gugur mempertahankan negara ini jangan sesekali dilupakan hanya kerana negara sudah mengecapi kemakmuran.

"Semua ini akan hilang jika terlalu asyik melihat kepada kepentingan diri masing-masing dan akhirnya menggagalkan 1Malaysia," kata Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pergerakan itu seterusnya menggesa agar perkara-perkara seumpama itu ditangani secara matang dengan memberi penekanan kepada kepentingan pembinaan negara secara bersama agar ia dapat berjalan secara harmoni dan tersusun.

Mengenai isu biasiswa, Pemuda Umno menyarankan agar kerajaan terus memberi 100 peratus dana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar Melayu serta Bumiputera yang memerlukan, dan bukan berasaskan kecemerlangan.
---------
 
Desakan demi desakan yang diterima lebih kepada kepentingan politik dan kepentingan peribadi. Jelas ia tidak bertujuan untuk membawa kebaikkan kepada semua. Desakan dari Hindraf dan juga keinginan Chin Peng untuk menetap di Malaysia jelas tidak berasas dan tidak ada kepentingan untuk semua.
 
Mereka seharusnya lebih terbuka dan sepatutnya menerima keterbukaan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Seperti isu Chin Peng yang bukan hanya melibatkan orang Melayu tetapi kata Prof Khoo ia juga melibatkan orang orang Cina dan India semasa darurat.
 
Penyokong penyokong Hindaf juga tidak seharusnya secara membabi buta mengikut sahaja telunjuk dan kepentingan segelintir pemimpin mereka. Seperti yang dikeluarkan Forbes Asia Robert Kuok, Ananda Krishnan masih merupakan orang terkaya di Malaysia dan ini jelas yagn di Malaysia tiada halangan untuk sesuatu kaum untuk mencari kemajuan dan kekayaan.
 
Dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri Ds Najib Tun Razak, Pemuda Umno juga perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam bidang sosial & politik, akademik dan keusahawanan. Ini adalah kerana jurang besar dalam bidang bidang tersebut akan membantutkan hasrat Perdana Menteri kerana perbezaan antara kaum jika dilihat pada sejarah tidak akan berjaya membawa keharmonian di sesebuah negara. Ia bukan hanya dapat dilihat dalam sejarah Malaysia tetapi juga negara negara lain di dunia malahan di Amerika Syarikat& Canada juga yang mengalami kemerosotan ekonomi juga melahirkan kebimbangan akan peningkatan jumlah kejadian jenayah( sumber Ezine articles,epi org , finacial post)
 
Justeru itu penglibatan lebih ramai dan lebih lantang golongan Pemuda Umno diharap dapat membantu kearah 1Malaysia yang diwar warkan Perdana Menteri. Tidak perlu semua pemuda untuk pergi ke angkasa lepas atau pun membina bangunan tertinggi di dunia tetapi jika semua mengembeling tenaga dan kepakaran sudah pasti hasrat melahirkan generasi dan kehidupan yang lebih berkualiti akan tercapai. Jika setiap cawangan Umno dapat merangka aktiviti ekonomi, pendidikan dan sosial walau pun dalam skala yang kecil sudah pasti ia akan membawa perubahan yang besar. Seperti dibahagian Seremban aktiviti sosial mungkin boleh dimulakan di sekolah sekolah yang berjumlah lebih dari 150 buah. Juga menggunakan kemudahan kemudahan Pusat Kesihatan, Polis dan badan berkanun dalam memberi lebih penerangan tentang fakta kesihatan, keselamatan dengan cara yang lebih mudah, menarik dan mesra rakyat.
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments:
Tolong asingkan fakta dpd rektorik:
1.Orang2 kaya spt Robert dan Ananda TIDAK memfaedahkan kaum2 bukan melayu,mungkin faedahkan beberapa VIP umno
2.Kaum bukan melayu langsung tidak peduli sangat kepulangan ChinPeng,tetapi Gerakan-BN dan beberapa orang bekas komunis yg menyuarakannya
3.Hindraf tidak mewakili kaum india keseluruhannya,jadi jangan lampirkan ugutannya secara langsung ialah ugutan kaum india
4.Sila tanya kawan kamu kaum bukan melayu ada berapa yg betul-betul peduli akan dapat bantuan dpd kerajaan dlm apa bentuk pun.Kita dah terima nasib kita bahawa kerajaan tidak akan bantu,yg dapat bantuan kebanyakannya dari MCA,MIC,Gerakan kakis.Jadi tolong jangan cakap cerita dongeng lagi yg akan membangkitkan melayu marah kaum lain.DON'T TWIST THE FACTS,PLEASE!
 
Ano kul 10:54 ni cakap pakai sedap mulut.Dia pun cakap x pakai otak.Kalau Robert dan Ananda bayar cukai bukan ke ia revenue negara . Kalau pembangunan pakai revenue ini di buat di Malaysia contohnya jalanraya,orang Cina tak pakai jalanraya ke. Terbang macam cerita Wong Fei Hung?

Kalu orang bukan Melayu x hirau sangat kenapa Lim Kit Siang dan Ronnie Liu bising juga pasal Chin Peng? Siapa Lim kit Siang tu? Lim Kit Siang Bin Ali ke ? Melayu ke dia tu?

Boleh bagi tau ke dalam gerakan Hindraf tu ada orang Melayu ke? Apa yang dituntut adake untuk semua kaum? Sumenya untuk kaum India. Walaupun bukan sume India ikut Hindraf samale juge bukan semua semua orang India MIC. Tapi apa yang mereka bawak adalah untuk orang India.

Orang bukan Melayu jangan berlagak konon mereka tidak dibantu. Kalau pegi sekolah Tamil dan Cina, Kerajaan dah bagi jutaan ringgit bantuan pada sekolah-sekolah tersebut walaupun kaum kamu berlagak sangat x nak terima sistem sekolah kebangsaan atau wawasan.Kalau x perlu bantuan sangat apsal Ong Tee Keat bising sangat pasal biasiswa JPA.

So kepada Ano 10:54pm. lu cakap biar pakai otak!
 
jika mentaliti seperti 1054 ini yang ramai so maka tidak hairanlah pemimpin pemimpin mereka senang auta

fakta dan auta pon dia sendiri keliru..
 
Maaf mencelah. Sekadar ingat-mengingati. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk hambaNya.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

View Profile: Rantong™
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?