Tuesday, March 17, 2009

Umum segera hasil siasatan Umno

KUALA LUMPUR 16 Mac - Lembaga Disiplin UMNO diminta mengumumkan segera hasil siasatan kes politik wang di kalangan calon yang akan bertanding pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, langkah tersebut mampu memastikan calon yang akan bertanding bersih daripada politik wang.

Beliau yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden berkata, pengumuman hasil siasatan itu mampu meredakan ketidaktentuan di kalangan calon apatah lagi para perwakilan dan ahli-ahli parti turut memperkatakannya.

"Hasil siasatan patut diumumkan dalam masa terdekat supaya calon boleh bertanding secara sihat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
 
Segala keputusan siasatan seharusnya telus untuk dilihat dan diketahui umum supaya menjadi panduan dan juga dapat membersihkan nama calon calon yang bertanding seterusnya membersihkan Umno dari gejala politik wang.
 
Tindakan tegas juga harus diambil buat pengadu yang membuat aduan tidak berasas supaya tidak terjadi perbuatan memfitnah dan mengambarkan imej negatif terhadap Umno. Seharusnya biro disiplin yang ditubuhkan benar benar dapat mendisiplinkan ahli ahli Umno dan ia tidak disalah gunakan untuk memberi imej yang kurang baik kepada calon.
 
Persepsi lembaga disiplin yang tidak telus harus diperbetulkan dengan melaksanakan tugas pemantauan sebaik mungkin. Semua calon yang bertanding harus diberikan peluang yang sama supaya calon calon yang benar benar mahu meneruskan perjuangan Umno mendapat tempat yang sewajarnya.Pemilihan kali ini seharusnya menjadi landasan dalam mengukuhkan semula Umno dan mengembalikan kepercayaan rakyat.
 
 

Comments:
semoga UMNO akan bersih kembali
 
Mcm mana Umno nak kembali bersih? Tempohari ternampak Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban semasa di Johor Bahru pergi berlibur bersama ketua2 & naib ketua pemuda Bahagian-bahagian di karaoke Delux di Johor. Bukan main hebat siap ade perempuan berhibur!Kemudiannya tempohari juga nampak Ketua Pemuda Sban dan lain2 di Damasara pulak lepas jumpe jentera KJ pergi berlibur di karaoke di Damasara. Ada yg siap minum & ambil perempuan.
Semua rakaman & gambar2 ada dgn aku tapi aku tak nak malukan pemuda UMNO.
Ketua Pemuda Bahagian jgn la pandai cakap je masa kempen hari tu tapi perangai sebenar masya allah!
Kalau ade pemimpin mcm ni UMNO akan jahanam!
 
Cakap tanpa bukti dan asas memang mudah sebab free, kalau ada bukti barulah cerita...

Cakap tanpa bukti@ cakap kosong kedai kopi nih cara pembangkang yang tak ada idea...dah lamaaa dahh style ni..

yang kelakarnya memang la dalam karaoke ada orang minum dan perempuan yang kami nak tahu KP Seremban ke yang minum dan ada perempuan

Dan yang paling best jangan la pandai cakap je...evident matters sekarang baii.. so boleh kami pilih KP baru kalau ada bukti
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?