SEREMBAN 11 Mac - Penerimaan ahli dan perwakilan terhadap calon-calon muka baru pada Perhimpunan Agung UMNO 24 hingga 28 Mac ini adalah petanda parti itu akan kembali kukuh dengan semangat perjuangan lebih segar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sudah ada fenomena baru dalam parti hari ini apabila perwakilan berminat melihat orang muda dan generasi baru memimpin.
"Tidak kiralah calon itu dari kalangan Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda dan Puteri, semuanya diterima baik oleh perwakilan.
"Ini petanda jelas bahawa rangka perubahan dalam UMNO semakin membara dalam melihat barisan berwibawa untuk menjana kekuatan parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra calon-calon Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Klana Resort di sini malam tadi.
Hampir semua calon yang bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan ketiga-tiga sayap UMNO tersebut hadir pada program anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu.
Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan, sebelum ini jika ada muka baru bertanding, mereka sukar mendapatkan respons positif tetapi keadaan kini sudah berubah berikutan kematangan serta keterbukaan ahli.
"Kini kita lihat dalam program-program memperkenalkan calon seperti pada malam ini, perwakilan dan penyokong sepakat bahawa gandingan muka baru dan lama tetap serasi.
"Saya percaya, perubahan ini berlaku kerana matlamatnya satu iaitu membawa UMNO kembali menjadi parti yang kuat," katanya yang akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan kali ini.
Semangat perjuangan yang bersih dan telus diharapkan pada pemilihan kali ini dar isemua calon yang bertanding. Semoga kepercayaan dan mandat yang diberikan tidak disia siakan oleh calon calon. Kesemua calon yang bertanding mempunyai kredibiliti dan kelebihan masing masing dan justeru itu menterjemahkan kepercayaan pemilih adalah penting dalam perlaksanaan dan meneruskan perjuangan Umno.
Umno yang mengamalkan konsep demokrasi dalam pemilihan dan pentadbiran seharusnya menjadi tunjang dalam perjuangan dan matlamat calon calon yang bertanding. Kita tidak mahu menjadi seperti yang terjadi di Amerika yang kononnya melaungkan konsep demokrasi tetapi bertindak sebaliknya dan itulah yang terjadi di Iraq, Afganistan, Iran, Vietnam dan banyak lagi negara yang menjadi mangsa demokrasi Amerika. Begitu juga yang terjadi pada ekonomi mereka yang nampaknya tidak mengutamakan rakyat dan itulah yang terjadi bila keadaan inflasi meningkat dan pengangguran tidak dapat dielakkan yang juga runtuh melalui sistem free enterprise atau pun pasaran bebas kapitalis mereka sendiri . Kita tidak mahu konsep ini dipraktikkan di Malaysia yang mana kita perlu konsep dan sistem yang bersesuaian dengan acuan iklim pilitik dan ekonomi kita sendiri.
Apa yang dijanji dan dilaksanakan mestilah selari dalam melaksanakan misi dan visi untuk rakyat.Yang lama seharusnya membimbing yang baru dan begitu juga yang baru seharusnya menimba pengalaman disamping bertukar tukar fikiran dengan calon calon yang lebih berpengalaman dalam memastikan kejayaan parti dan bukan hanya kejayaan individu kerana jika hanya individu yang berjaya tetapi parti secara keseluruhan parti tidak berjaya tidak akan membawa apa apa makna.
Semoga berjaya buat semua calon calon yang bertanding...
# posted by umnoparoijaya : 11:39 AM