Wednesday, March 25, 2009

Pemilihan 2009 penentu survival Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini menegaskan, pemilihan Umno kali ini yang meliputi semua peringkat bakal menentukan masa depan dan survival parti itu untuk terus mencipta sejarah ataupun sebaliknya.

Ketika menyampaikan ucapannya yang bertemakan Menakhoda Zaman, Timbalan Presiden Umno ini berkata, tugas para perwakilan tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno.

"Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan.

"Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.

"Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," kata beliau.

Beliau yang Timbalan Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap merasmikan serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/3/25/mstar_berita/20090324212752&sec=mstar_berita
 
Tepuk dada tanyalah selera samada perwakilan atau pun pemimpin Umno mahu meneruskan perjuangan Umno atau pun sebaliknya. Menyingkap sejarah kelahiran dan proses perkembangan Umno dalam menerajui Malaysia dari zaman pra merdeka sehinggalah sekarang.
 
Rakyat semestinya mahukan yang terbaik dan Umno perlu melaksanakan yang terbaik dan kini ia bukan lagi plihan tetapi harus dilaksanakan dalam memastikan perjuangan Umno terus subur dan berkembang. Pada pemilihan kali ini tugas berat yang bukan sahaja memastikan pimpinan yang dipilih benar benar bersih tetapi juga berkeupayaan melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.
 
Jika bersih sahaja tanpa perancangan dan perlaksanaan juga tidak akan bertahan lama. Justeru itu para perwakilan pada persidangan tahun 2009 diseru untuk memilih dengan bijaksana dan berhati hati. Kecenderungan kepada individu tertentu yang membawa kesan tidak sihat haruslah dielakkan.
 
Umno Paroi Jaya mengucapkan selamat bersidang dan semoga Umno terus berkembang subur dan mapan.
 

Comments:
apa yang amat memeningkan kepala ialah UMNO yang kononnya membela kaum melayu & islam, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun, masih menyatakan kaum melayu tertidas dan diancam. apakah yang mereka buat selama 50 tahun tu??? masih tak cukup ke??? nak 400 tahun lagi ke, baru boleh membangunkan kaum melayu???

sampailah masanya utk kaum melayu mencuba parti yang lain utk membantu mereka, bukan?

btw, tahniah memdapatkan seorang murder suspect sebagai ketua. semoga allah dapat memaafkan anda.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?