Monday, March 02, 2009

Kenyataan ‘aparteid’ biadab – MB Negeri Sembilan

 

SEREMBAN 28 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan 'bumiputeraisme' dengan dasar aparteid adalah biadab.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

''Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

''Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid," tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
 
Pendekatan berlagak pandai dan heroism di kalangan pemimpin pembangkang semakin menjadi jadi dan contoh ini menunjukkan yang mereka terdesak dalam cubaan menonjolkan diri dan meraih simpati untuk mendapatkan sokongan. Tetapi yang begitu menyedihkan bilamana cubaan mereka ini hanya menunjukkan yang mereka tidak tahu apa yang mereka katakan.
 
Sebagaimana yang dikatakan oleh Yab Dato Seri Mohd Hasan adakah dia faham apa itu aparteid?? Nampaknya jelas Boo tidak memahami isu yang diutarakan sendiri dan hanya menunjukkan kedangkalan ilmunya dalam usaha mencari populariti.
 
Isu isu yang berkaitan dengan sentimen perkauman ini tidak seharusnya dijadikan modal dalam agenda politik mereka kerana ini hanyalah membawa kesan yang tidak baik kepada semua masyarakat. Jelas dia tidak memahami konsep dasar ekonomi baru atau pun Dasar Pembangunan Nasional.
 
Jelas pembangkang mengamalkan politik syok sendiri dan hanya mengutamakan kepentingan golongan tertentu dan bukanlah pejuang sebenar untuk masyarakat dan negara. Tetapi mereka harus sedar yang sebarang kenyataan berbaur perkauman berkemungkinan hanya akan membawa padah dan ketidakharmonian dalam negara Malaysia ini.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?