Bajet Mini yang dibahagikan kepada empat teras itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu 2009 dan 2010.
- Teras pertama sebanyak RM2 bilion akan memberi tumpuan mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;
- Teras kedua, RM10 bilion untuk meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas;
- Teras ketiga, RM29 bilion untuk membantu sektor swasta menghadapi krisis dan
- Teras keempat, RM19 bilion untuk membina keupayaan masa depan.
Mungkin tidak menyangka saiz 'Bajet Mini' yang cukup besar akan diumumkan, Najib yang juga Menteri Kewangan langsung tidak diganggu oleh Ahli Parlimen termasuk pembangkang sepanjang pembentangan sejam 17 minit – berbeza ketika beliau membentangkan pakej rangsangan pertama RM7 bilion November tahun lalu.
"Jumlah RM60 bilion ini merupakan hampir sembilan peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Pelaksanaan Pakej Rangsangan yang bersaiz besar seperti ini adalah kali pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara," katanya ketika membentangkan Rang Undang- undang Perbekalan Tambahan 2009 atau Bajet Mini itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Najib, daripada jumlah pakej rangsangan kedua itu, sebanyak RM15 bilion merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion Dana Jaminan, RM10 bilion pelaburan ekuiti, RM7 bilion daripada inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan off-budget serta RM3 bilion insentif cukai.
Beliau yakin peruntukan RM206 bilion dalam Bajet 2009, ditambah RM7 bilion Pakej Rangsangan Pertama dan kini RM60 bilion dalam Bajet Mini mampu mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.
Berita Penuh
Bajet yang dibentangkan oleh Ds Najib tun Razak yang juga menteri kewangan Malaysia diharap dapat menjadi penampan atau pun pemangkin kepada perkembangan ekonomi yang lembab disebabkan oleh keruntuhan kuasa kuasa ekonomi dunia.
Dengan suntikan dari perbelanjaan kerajaan dan sebagainya diharapkan golongan rakyat akan dapat menikmati faedah langsung dari Bajet ini dan benar benar dapat memberi impak atau pun kesan dari krisis ekonomi global. Juga seperti yang terjadi pada krisis kewangan pada tahun 1997 yang mana Malaysia telah berjaya mengharungi krisis tersebut dengan formula tersendiri dan bukan hanya mengikut definasi ekonomi yang diterjemahkan oleh negara Barat.
Diharapkan Bajet ini dapat mengimbangi kesesuaian dan fleksibiliti ekonomi di Malaysia kerana setiap negara mempunyai pakej dan keperluan yang berbeza. Seperti di Amerika pakej lebih 700 billion yang memerlukan bantuan kerajaan dalam menangani krisis ekonomi mereka di Jepun dengan lebih 270 billion dikeluarkan untuk pakej ransangan ekonomi mereka yang rata rata mempunyai kesan besar terhadap institusi kewangan dan sektor perindustrian mereka..
# posted by umnoparoijaya : 10:55 AM