Friday, December 12, 2008

Pusat Komuniti BDD tingkat kualiti hidup masyarakat miskin

SEREMBAN 11 Dis. - Pusat Komuniti BDD bagi merapatkan jurang digital bertujuan meningkatkan taraf dan kualiti hidup masyarakat miskin bandar melalui agenda komunkikasi teknologi maklumat (ICT).

Pengarah Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Hanizah Hassan berkata, program berkenaan juga bertujuan memberi peluang yang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan menggunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT.

"Melalui BDD ini kita berharap ia dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup kumpulan miskin bandar melalui inisiatif yang disediakan dalam ICT," katanya di sini hari ini.

Pusat Komuniti BDD Rumah Pangsa PPRT Lobak merupakan projek pertama di negeri ini dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin.

Kata Hanizah, selain penduduk boleh melayari laman web yang mereka kehendaki, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan portal di mana merangkumi pelbagai maklumat dan kemudahan.

''Antaranya ialah e-Ahli Komuniti, e-Bantuan, e-Bimbingan, e-Jiran, e-Urus Pusat Tele-Centre, e-Usahawan, Sistem Pengurusan e-Komuniti, Sistem Maklumat Eksekutif, e-pendidikan dan e-Bank," katanya.

Menurut beliau, seperti e-Ahli Komuniti, portal itu akan menyimpan maklumat peribadi penduduk di kawasan yang terlibat dan membolehkan pendaftaran dan capaian maklumat penduduk dilakukan secara online.

Begitu juga e-Bantuan di mana ia akan menguruskan segala pertanyaan dan aduan daripada komuniti berkaitan isu setempat di mana ia boleh menyimpan soalan yang diterima dan juga jawapan daripada panel pakar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
 
Akses kepada gerbang informasi yang dapat dinikmati semua golongan dan semoga manfaat dari kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua golongan. Tidak hanya terhad kepada kepada alat komunikasi malah ia juga boleh dijadikan sebagai sumber untuk rujukan bagi bahan bacaan dan maklumat terutamanya golongan pelajar.
 
Usaha yang patut dikembangkan lagi ke kawasan kawasan yang memerlukan terutamanya diluar bandar. JKKK juga mungkin boleh menggunakan kemudahana teknologi dan sumber maklumat dalam menyalurkan maklumat dan informasi kepada penduduk. Ia juga dapat membantu supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih cekap dan efisen. Disamping itu juga ia boleh meningkatkan kualiti dan menjadi rujukan bila sesuatu permasalahan timbul.
 
Tragedi di Bukit Antarabangsa seharusnya menjadi titik tolak dan menyedarkan semua pihak supaya ia tidak lagi berulang. Walaupun boleh menyalahkan satu sama lain tetapi kehilangan nyawa dan harta benda tetap tidak dapat dielakkan, semoga dengan adanya kemudahan dan capaian kepada maklumat semua pihak boleh bersama sama mengembeling tenaga dan buah fikiran dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan sesuatu maklumat penting tidak sampai ke golongan sasaran.
 
Kemudahan yang dinikmati tidak harus disalahgunakan dan perlu ada pemantauan berterusan supaya ia tidak terhenti di tengah jalan. Kerjasama pihak yang terlibat dan juga penduduk adalah sangat penting dalam menjamin usaha yang murni ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.
 
Sama samalah kita menghargai dan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia...
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?