Sunday, December 21, 2008

Pendekatan Pro Aktif Kerajaan N Sembilan


Projek cerun bukit di NS akan dikaji semula: MB

SEREMBAN - Kerajaan negeri mengarahkan semua projek pembangunan yang telah mendapat kelulusan termasuk yang sedang dibangunkan di negeri ini, dikaji semula bagi mengelakkan kemungkinan membabitkan kawasan cerun bukit yang berisiko.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan tegas itu perlu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan mereka 'terlepas pandang' sehingga mengundang kepada malapetaka tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa, baru-baru ini.

"Walaupun di Negeri Sembilan tiada banyak pembangunan di kawasan berbukit, tetapi kita tak mahu tragedi yang berlaku sebelum ini terjadi pula di Negeri Sembilan. Kita nak buat kajian semula sebagai persiapan.

"Kadangkala kita tak luluskan kawasan perumahan di cerun bukit tetapi kawasan tersebut berhampiran dengan cerun bukit. Itu yang kita nak kaji semula," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya, di Wisma Negeri di sini, kelmarin.

Mohamad berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, kelmarin yang menetapkan supaya kesemua permohonan pembangunan yang telah diluluskan sebelum ini perlu dihantar semula kepada Exco untuk disemak.

"Kita nak lihat sejauh mana status pembangunan tersebut. Saya dah minta Unit Perumahan Kerajaan Tempatan (UPKT) dan seluruh Jabatan Perancang di majlis perbandaran serta daerah untuk memberi maklum balas termasuk data berkenaan kawasan yang telah diluluskan untuk dibangunkan atau sedang dibangunkan.

"Kita akan buat kajian secara menyeluruh terhadap kawasan tersebut termasuk mengenal pasti impaknya terhadap cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius dengan mengambil iktibar terhadap kejadian yang berlaku seperti di Bukit Antarabangsa lalu sehingga mengorbankan nyawa serta harta benda.

"Kita nak elakkan tragedi seperti itu berulang. Kalau boleh, kita tak nak berlaku di Negeri Sembilan. Kita kena belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini," katanya.


------

Pendekatan pro aktif yang diguna pakai oleh kerajaan N Sembilan seharusnya dijadikan contoh dalam mengelakkan tragedi atau kejadian yang tidak diingini berulang lagi. Tiada gunanya menuding jadi bila ia telah berlaku kerana apa yang terjadi walaupun siapa yang dipersalahkan tentunya tidak dapat menggantikan semula nyawa yang terkorban dan juga harta benda.


Sikap toleransi dan semangat bekerjasama hendaklah dipupuk antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan, juga mereka yang terlibat supaya kejadian yang berlaku dapat dielakkan atau pun meminimumkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Kemudahan teknologi dan komunikasi seharusnya digunakan sebaiknya dalam menyalurkan maklumat supaya tindakan sewajarnya boleh dilakukan secepat mungkin.


Pasukan pemantau serba mungkin boleh harus ditubuhkan dalam Umno supaya mereka dapat bergerak dalam membantu tugas tugas khas yang tidak dijangka, tetapi janganlah hanya program seperti melepas batuk ditangga tetapi merangkumi pemantauan dan khidmat nasihat dari mereka yang mempunyai kepakaran. Kejadian kejadian yang berlaku seperti banjir, tanah runtuh, kemalangan, kebakaran hutan, kebersihan alam sekitar dan berbagai lagi aktiviti yang boleh disertai disamping menyumbang tenaga dan buah fikiran. Meskipun ada pihak berkenaan yang akan membantu dalam usaha usaha menyelamat dan sebagainya tetapi sebagai ahli Umno tidak salah rasanya jika dapat membantu meringankan lagi atau mempercepatkan lagi sebarang usaha yang dilakukan.


Malaysia yang terkenal dengan berbagai perayaan memerlukan lebih dari sekadar pemantauan pihak berkuasa, mungkin ahli ahli Umno juga boleh bersama pihak berkuasa dalam membantu menyelia atau pun meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang keselamatan yang harus dipatuhi


Saluran info dan maklumat yang mudah juga membolehkan orang ramai dan pelancong luar mengenali dan mengetahui lebih dekat apa yang ada di N Sembilan dan kawasan sekitar. Ia juga boleh dijadikan sumber dalam menjana ekonomi dan sumber pendapatan dan tidak terhad dengan kerja kerja sukarela. Kerana mereka yang melawat sudah pasti akan memerlukan penginapan, makanan, pengangkutan dan bermacam macam lagi.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?