Wednesday, December 17, 2008

MB, isteri selamat pulang dari Mekah

SEREMBAN 16 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam selepas menunaikan fardu Haji di Tanah Suci Mekah.

Turut sama dalam penerbangan itu ialah isteri beliau, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, abangnya, Datuk Azman Hasan dan isteri, Datin Norhayati Ahmad.

Kepulangan Mohamad pada pukul 6.50 petang itu disambut kira-kira 500 orang, antaranya Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Ishak Sahari, beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.

Mohamad dalam ucapan ringkas di KLIA berkata, beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri itu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya ketika mengerjakan fardu haji tanpa sebarang masalah.

''Sepanjang menunaikan rukun Haji, saya dan keluarga dapat melakukannya dengan baik. Semuanya berjalan lancar, Alhamdullilah," kata beliau selepas bacaan doa selamat oleh Imam Masjid Negeri, Mohd. Fadzil Wahab.

Sejurus selepas itu, Mohamad memandu keretanya sendiri bersama isteri dan terus ke kampungnya di Rantau, di mana sebahagian besar lagi orang ramai serta keluarganya menanti kepulangan beliau.

Pada majlis itu, Mohamad turut mengagih-agihkan air zam-zam yang dibawa pulang dari tanah suci Mekah kepada tetamu yang hadir di perkarangan rumah keluarganya di Rantau.

''Saya sihat dan akan kembali bekerja seperti biasa, Rabu ini," kata beliau.
 
--------
 
Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Selamat kembali kepada Dato Seri Mohd Hasan sekeluarga dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Sama samalah kita berdoa semoga semua para jemaah yang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini diberkati Allah S.w.t.

Comments:
Selamat kembali, MB.
 
Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?