Tuesday, December 16, 2008

Malam Budaya NS 28 Disember

SEREMBAN Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) akan menganjurkan Malam Budaya Negeri Sembilan di Dataran Seremban dekat sini pada 28 Disember ini.

Presidennya, Khaidir Jamal berkata, program yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu menyasarkan penyertaan persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini.

Jelas beliau, matlamat utama program berkenaan adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya tempatan di kalangan belia.

''Lebih istimewa lagi, beberapa persatuan belia dari Yaman akan hadir menyaksikan Malam Budaya Negeri Sembilan," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Khaidir, pihaknya turut menjemput kumpulan artis-artis budaya dari Sumatera Barat, Indonesia untuk membuat persembahan.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung program itu membantu mempromosi kegiatan pelancongan di negeri ini.
 
----
 
Peluang untuk mengenali lebih dekat budaya N Sembilan dan adat resam orang Melayu juga secara tidak langsung mengenali dan memahami lebih jelas tentang sejarah dan asal usul N Sembilan dan juga Malaysia.
 
Pengisian dan manfaat yang boleh diperolehi terutamanya golongan belia disamping ia juga sebagai satu produk pelancongan kepada N Sembilan. Kita juga berpeluang mempelajari adat budaya dari negara lain yang terlibat dalam program ini disamping menilai dan menerapkan adat budaya yang positif dan membina. Melalui penerapan adat budaya bukan sahaja sebagai sumber ilmu dan rujukan tetapi juga sebagai sumber ekonomi kerana ia secara tidak langsung berkait rapat dengan sektor pelancongan dimana ia boleh dijadikan tarikan atau pun aset untuk pelancongan seperti yang di buat di negara Jepun, China, Australia, New Zealand dan lain lain negara.
 
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?