Friday, December 05, 2008

Laporan BPR Exco keluar cek

SEREMBAN 4 Dis. - Satu laporan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemberian sekeping cek bernilai RM1,000 oleh seorang Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan kepada seorang Ketua UMNO cawangan di negeri ini, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, di pejabat BPR Negeri Sembilan di sini tengah hari ini. Beliau turut membawa cek itu yang didakwa dikeluarkan oleh Ahli Exco berkenaan.

Ahli Exco berkenaan yang berusia awal 50-an itu, dalam pemilihan UMNO baru-baru ini tewas dalam perebutan salah satu jawatan peringkat bahagian baru-baru ini.

Pengarah BPR Negeri Sembilan, Roszaini Abu ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan menjalankan siasatan mengenainya.

Dalam pada itu, Ishak ketika ditemui selepas membuat laporan itu mendakwa, beliau didatangi seorang individu yang memberitahunya terdapat seorang wakil rakyat di negeri ini terlibat dalam politik wang.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 
Bersama samalah kita berusaha dalam membanteras politik wang dan salah laku politik. Mungkin Dato Ishak telah insaf atas kesalahannya mensabotaj Umno dan Barisan Nasional dengan itu beliau telah berusaha untuk melaporkan kejadian politik wang ini.
 
Diharapkan semoga kes ini tidak menjadi seperti yang didakwa oleh Lembaga disiplin Umno yang mana ada unsur fitnah dan menjatuhkan nama baik orang lain terutamanya dalam kempen pemilihan Umno yang bakal berlangsung.
 
Kita menolak sekeras kerasnya politik wang dan berharap pihak BPR dapat melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita juga berharap ketelusan dalam setiap laporan yang dibuat supaya tidak timbul isu fitnah dan menjatuhkan nama baik orang lain kerana perkara ini memang telah menjadi lumrah dalam musim pemilihan.
 
Perlu dingat yang harus diutamakan ialah kepentingan parti Umno dan kebaikkan bagi rakyat dan orang ramai. Juga saranan untuk melakukan proses pemilihan seperti pilihanraya mungkin dapat juga membantu mengekang politik wang dan fitnah.
 
Rakyat sekarang semakin bijak dan sudah tentu dapat menilai dengan baik samada seorang pemimpin itu benar benar jujur atau pun tidak kerana apa pun perlakuan pemimpin rakyat pasti akan dapat menilainya.
 

Comments:
tu dato ishak dah mula membantu dalam gejala politik wang, jangan ia ada agenda peribadi cukuplah..
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?