SEREMBAN 9 Dis. - Program ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha akan dijadikan sebagai satu produk pelancongan yang berterusan dalam usaha menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.
Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPNS), Badrulhisham Abd. Rahman berkata, program seperti ini dilihat sebagai satu usaha yang dirancang oleh kerajaan negeri dalam usaha menambah jumlah kemasukan pelancong di negeri ini.
Menurutnya, pelbagai program sempena Aidiladha kali ini dilakukan secara serentak bukan sahaja di Inap Desa Kg. Pelegong malah ia juga dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negeri ini.
"Kita melaksanakan program yang sama di beberapa tempat yang melibatkan beberapa perkampungan inap desa untuk melakukan ibadah program Korban Perdana yang kita anjurkan setiap tahun.
"Lokasi lain itu ialah Inap KampungWarisan di Kuala Pilah; Inap Desa Panchitan Port Dickson; dan Padang Raja Alias Jempol," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Usaha murni yang harusnya diteruskan dalam usaha melakukan ibadah korban ia juga boleh menjadi sumber pelancongan yang dapat dikongsi bersama.
Jika ia dikomersilkan juga mampu menarik pulangan yang besar dalam menjana ekonomi kerana ia melibatkan ramai pihak seperti pengusaha ternakan, pengusaha kemudahan tempat tinggal(homestay), pengangkutan, makanan, barang barang runcit dan sebagainya.
Seperti perayaan aidiladha yang mana mungkin boleh menarik terutamanya pelancong pelancong Islam dari luar negara juga boleh menarik pelancong bukan Islam untuk lebih mengenali budaya masyarakat Islam di Malaysia. Mungkin pengalaman melihat sendiri sangat berbeza jika hanya diikuti melalui media cetak atau pun sumber maklumat yang lain.
Dalam politik inilah yang selalu berlaku bilamana sesuatu isu atau keadaan itu digambarkan sebaliknya. Oleh itu individu atau masyarakat harus menilai dengan kebijaksanaan dan bukan hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan menilai kewajaran sesuatu isu.
Berbalik kepada usaha untuk menarik pelancong sudah tentulah tidak memadai atau pun terhad kepada perayaan Aidiladha sahaja tetapi setiap perayaan boleh dijadikan sumber pelancongan dan pendapatan, dan dengan itu mereka yang terlibat dalam industri ini boleh menjadikannya sumber pendapatan tetap dan kerjaya. Pengisian sesuatu program itu penting supaya ia tidak hanya tertumpu kepada perayaan tetapi juga melibatkan pemahaman dan penerangan tentang sesuatu aktiviti atau pun perayaan.
Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Wesak, Nuzul Quran, Awal Muharam dan berbagai bagai lagi perayaan yang boleh dijadikan sumber pelancongan disamping memelihara adat dan budaya masyarakat Malaysia. Penglibatan golongan muda mungkin boleh memberikan suntikan dan semangat baru kepada industri ini yang mana mereka kaya dengan idea idea dan perancangan yang bersesuaian dengan keadaan dan kehendak semasa.
# posted by umnoparoijaya : 5:24 PM