Tuesday, December 16, 2008
Isteri Undang Luak Sungai Ujong cedera parah kemalangan
BAHAU 15 Dis. - Tok Puan Noor Hashimah Abu Bakar, 47, isteri Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya bersama tiga yang lain terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 14, Jalan Bahau-Keratong dekat sini semalam.
Pegawai Turus Trafik Negeri, ASP Halil Hamzah berkata, turut cedera dalam kejadian pada 4 petang itu ialah saudara Noor Hashimah, Datin Suzanne Omar, 43, yang juga pemandu kenderaan itu serta dua orang anak Noor Hashimah, Nurul Ain Mubarak, 22, dan Ahmad Nazir, 19.
"Mereka sedang dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar Nurul Ain yang belajar di UNITEN di Bandar Muazzam Shah di Pahang apabila berlanggar dengan sebuah lori yang keluar dari simpang," katanya di sini hari ini.
Umno Taman Paroi Jaya mendoakan semoga Datin Suzanne Omar dan semua yang terlibat dalam kemalangan semoga cepat sembuh dan dibawah lindungan Allah S.w.t.