Friday, December 26, 2008

Agenda pembangunan DUN Lenggeng diteruskan

SEREMBAN - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng di sini bakal berubah wajah hasil pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri serta kerajaan Pusat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim berkata, keutamaan diberi terhadap usaha meningkatkan taraf hidup golongan miskin tegar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan membaiki 50 buah rumah golongan miskin tegar di sekitar DUN Lenggeng menerusi Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

''Saya menyasarkan kemiskinan tegar dapat dihapuskan sepenuhnya di DUN Lenggeng dalam tempoh lima tahun lagi," jelasnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) DUN Lenggeng yang turut dihadiri Pegawai Daerah Seremban, Mohd Bahrudin Mahfuz di Kampung Rawa Hulu dekat sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mustafa memberitahu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah meluluskan peruntukan RM12 juta bagi menaik taraf jalan Lenggeng-Beranang yang merupakan laluan utama di sini.
-------
 
Usahamurni dalam memastikan semua golongan mendapat faedah dari kemajuan yang dikecapi di Malaysia dan bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu atau pun atas kepentingan tertentu. Golongan miskin atau pun berada seharusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana ia menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memastikan taraf hidup dan keselesaan penduduk dapat sinikmati oleh semua pihak.
 
Rata rata dikawasan Lenggeng penduduknya yang terlibat dalam sektor pertanian dan masih ramai yang terbelenggu dibawah garis kemiskinan. Usaha untuk menghapuskan golongan miskin tegar ini dapat dilihat sebagai usaha kearah memantapkan lagi kepimpinan Umno dan Barisan Nasional terutamanya di Lenggeng yang mana ia bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk tetapi juga kepada kerajaan dimana perkembangan ekonomi dan taraf kehidupan yang lebih berkualiti dapat dinikmati bersama.
 
Golongan golongan muda juga perlu didedahkan dengan aspek pembasmian kemiskinan ini supaya mereka dapat bersedia dalam menghadapi suasana ekonomi yang semakin mencabar. Aktiviti aktiviti pertanian yang memerlukan ramai guna tenaga mungkin boleh dimanfaatkan supaya lebihan sumber tenaga atau pun golongan muda yang menganggur mendapat pulangan atau pun mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan sosial. Pihak yang berwajib terutamanya Yb Mustapha mungkin boleh bekerjasama dalam memberi peluang dan pendedahan mengenai maklumat maklumat dan peluang peluang yang mungkin boleh direbut.
 
Sudah sampai masanya penduduk dan kerajaan negeri mengembeling usaha dan idea dalam membuka peluang peluang baru dan bersama sama dalam memajukan taraf hidup rakyat seterusnya menyumbang kepada pengeluaran dan pendapat kepada kerajaan N Sembilan. Tiada gunanya menuding jari atau pun saling menyalahkan tetapi jika usahasama dan muafakat dapat dibentuk sudah pasti hasilnya akan dapat dinikmati bersama.
 

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?