Tuesday, August 19, 2008

Sejarah:Peluang memahami darurat

SEREMBAN: Orang ramai berpeluang mengenali lebih dekat sejarah darurat dari 1948 hingga 1960 dengan mengunjungi Pameran Zaman Darurat di Malaysia yang akan berlangsung sebulan di Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, di sini, bermula Khamis ini. Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Shamsuddin Ahmad, berkata antara pengisian pameran itu ialah gerakan Parti Komunis Malaya (PKM), termasuk serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Rundingan Baling, kejatuhan PKM serta kesan darurat terhadap negara dan Negeri Sembilan. "Pelbagai artifak dan peralatan digunakan ketika zaman darurat akan dipamerkan. Antara objektif pameran julung kali ini adalah untuk memberi maklumat kepada umum berhubung zaman darurat yang menjadi satu daripada peristiwa penting dalam sejarah negara.

http://www.bharian.com.my

Peluang untuk meninjau2 sejarah kemerdekaan dan bagaimana perjuangan sebenar dalam penghayatan erti kemerdekaan dan menghargai kemerdekaan yang dinikmati. Perjuangan bukan hanya menabur janji manis tetapi dengan pengorbanan sepenuhnya. Juga mengetahui sejarah para pejuang yang berkorban untuk negara kita. Sejarah asal usul kemerdekaan dan siapa golongan pejuang sebenar dapat dikongsi supaya semua rakyat sedar dari mana datangnya kemerdekaan.
Dimusim pemilihan dan persidangan ini elok juga kalau para perwakilan dah ahli Umno mengambil kesempatan untuk mengunjungi pameran ini supaya keikhlasan dalam perjuangan dapat difahami dan bukan perjuangan untuk kepentingan sendiri atau pun perjuangan syok sendiri.
Para perwakilan yang mungkin terlalu ghairah sehingga menimbulkan pergeseran haruslah merenung kembali yang perjuangan atas landasan sebenar atau pun hanya di masa pemilihan. Sebagai pemuda yang terkenal dengan kelantangan dan aggresif dalam perjuangan semenjak dari zaman Kapten Tun Hussein Onn lagi, pemuda seharusnya meneruskan kecermelangan pemuda dan tidak tergelincir dari landasan perjuangan sebenar.

Juga iktibar harus diambil bersempena dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang pergeseran tidak perlu berlaku walaupun seagresif mana kempen yang dilakukan. Ini adalah kerana kepentingan rakyat harus diutamakan dan bukan undi kasihan atau pun simpati. Janji janji pembangkang yang ditabur pada PRU12 haruslah dijadikan iktibar yang mereka tidak benar benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat tetapi hanyalah menabur janji.

Portugis dapat mengalahkan tentera di Melaka bilamana ada pengkhianat yang membocorkan rahsia kepada tentera Portugis dan janganlah kita menjadi pengkhianat dengan memberikan kuasa kepada golongan yang tidak sepatutnya dan hanya mementingkan kepentingan sendiri
Bersempena pameran sejarah dan darurat sama samalah kita mengambil iktibar dan tidak mudah lupa erti perjuangan

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?