Friday, August 08, 2008

Penganjur Forum Memeluk Islam patut dikenakan ISA

MELAKA: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Majlis Peguam jika mereka meneruskan Forum Memeluk Islam, di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata tindakan Majlis Peguam sengaja mahu menimbulkan suasana tidak selamat dalam negara dan boleh menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam. "Jika tindakan tidak diambil, negara akan menjadi huru-hara kerana ia akan membangkitkan kemarahan orang Islam yang akhirnya boleh menyebabkan rusuhan kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penuaian padi projek Syarikat Padi Melaka Sdn Bhd di Kampung Bukit Lintang di sini, hari ini. Mohd Ali yang juga Naib Presiden Umno berkata, forum berkenaan bersifat menghasut rakyat yang boleh membawa kepada perpecahan dan ketegangan kaum, oleh itu ia perlu dikawal lebih awal. Beliau mahukan semua pihak menghormati prinsip Islam di negara ini dan kebebasan bersuara tetapi jangan sampai menghina orang lain.
Katanya penganjuran forum seperti itu akan mengundang perdebatan yang tidak berkesudahan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080808153134/Article/index_html

Mereka yang menjadi penganjur kepada forum ini harus dipertanggungjawabkan walau apa pun alasan yang diberikan. Ini sebenarnya lebih kepada provokasi secara halus yang menggunakan undang undang dan perlembagaan sebagai asas kepada agenda mereka.
Mungkin golongan ini lebih mementingkan kepentingan tersendiri dari mengekalkan keamanan yang dikecapi atau pun ingin memanipulasi undang undang atau pun perlembagaan yang sedia ada.
Seharusnya mereka sebagai golongan terpelajar kononnya harus lebih sensitif dan bukan hanya memandang perundangan dari sudut yang sempit. Perbincangan yang berterusan dan perancangan yang teliti lebih sesuai jika dibandingkan dengan forum yang tidak akan membawa apa apa makna.
Adakah mereka sedar yang ia melibatkan masyarakat majmuk di Malaysia dan bidang perundangan yang tidak boleh digubal dengan hanya satu forum ringkas. Atau mungkin mereka tidak faham konsep perancangan jangka panjang yang mana boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan di Malaysia.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?