Monday, July 07, 2008

Md Nor Awang Vs Dato Sahak

Ishak pertahan jawatan Ketua UMNO Seremban
SEREMBAN 6 Julai - Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu.
Ishak, 57, merupakan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng selama dua penggal sebelum ini tidak disenaraikan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada cawangan untuk membuat keputusan.
"Saya akan pertahankan kerusi berkenaan pada pemilihan namun terpulang kepada cawangan kerana yang tentukan adalah cawangan dan kalau cawangan nak kita menang, kita akan menang," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pemilihan kali ini dijangka menyaksikan beliau akan dicabar oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Ampangan pada pilihan raya umum lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Pertembungan antara dua generasi didalam pemilihan kali ini yang mana Dato Ishak akan dicabar oleh timbalannya seperti mana juga mungkin berlaku di bahagian Jelebu. Ishak yang hampir 20 tahun memimpin bahagian Seremban dan juga bekas Adun Lenggeng yang digugurkan yang mana digantikan oleh Yb Mustapha Salim.
Mungkinkah pemilihan kali ini akan menyaksikan muka muka baru yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Umno bahagian Seremban, mungkin ramai lagi calon yang berkebolehan dan akan bertanding yang mana ini kita akan dapat saksikan tidak lama lagi.

Yang penting dan mesti diutamakan ialah mereka yang benar benar ikhlas mahu berjuang dan mempunyai landasan perjuangan untuk rakyat dan terutamanya orang orang Melayu di Seremban. Diharapkan para perwakilan memilih dengan bijak kerana calon yang dipilih mestilah berupaya menaikkan semula nama Umno di Bahagian Seremban.
Siapakah Dato Ishak & Mhd Nor Awang???
Mungkinkah akan ada sesi perbincangan atau pun sesi pertemuan dengan para ahli sebelum pemilihan dijalankan.
Sama sama kita nantikan

Elgadjo

Comments:
berilah peluang kepada muka baru, dah lame dah 2, mohd nor awang ni bukan anak didik sahak ke??
lawan tokey nampak!!
 
Ape salahnya lawan tokey kalau tokey lama dah tak mampu memimpin. lagipun sepanjang 20 tahun rasanya sudah cukup lama di bahagian seremban yang diberikan dan tiada nampak perubahan jelas dari segi ekonomi, sosial, pendidikan yang dapat disumbangkan.
mohd nor ni pula ada ke track record sebagai pemimpin atau pun hanya sebagai yesman kepada sahak, sama2la kita saksikan kesudahannya di bahagian Seremban.
 
ganyang sahak@#$%^&&&*&&^%%&*())(*&^
 
Mat Nor ni boto tak sodar diri..boss lamo pun dilawan eh samolah tu ngan Ketuo Cawangan Paroi Jaya tu ek..orang politik ni susah kito nak cayo..10 dio cakap..10 kito tak leh percaya..Montang montang dah ikut TOK Mat lupo jaso Boss lamo.. Tak tahulah korang ni..insaf insaflah..Dulu dah masuk Bahagian Rombau..dio poi tukar cawangan nak masuk gak bahagian seromban..nia nak dilawan eh pulak Tok Sahak tu hehehehehe kelakar pun ado aku tengok drama UMNO Bahagian Seromban ..bilo nak berubah tak tahu lah ek..Lu fikirlah Sendiri..
 
apo macam bahagian seromban dah porang ko bolum nih
nilai , sikamat , lenggeng, ampangan semuo dah sedio ko
nak pilih orang baru ko nak pilih botak lagi??
berubah la ke arah yang lebih baik, jangan banyak bercakap tetapi tiada apa apa sumbangan
bermula la di cawangan sendiri.
 
Sobonar eh, Bahagian Soromban ni dah ketandusan pemimpin berkaliber.. Sahak patut boronti yo lah,ni nak jadi mcm Samy Vellu nampak eh, tak nak lopeh kuaso.. tapi Md Nor ni pun, takdo la nampak kaliber eh.. PRU-12 pun kalah, camno.. org yg ado kaliber, tak nak lak masuk politik, yo tak?

Ketuo Wanita camno pulak? Shamsiah pun dah lamo bona kek situ..kito konang jaso dio, tapi kito ubah lah la tampuk kepemimpinan wanita, kasi la napas baru.. a breath of fresh air, kato org puteh...

Ketuo Pemudo pun nak tukar gak dah tu.. cari pemudo yang lantang bersuara.. den nak tengok, dlm pemilihan Umno kali ni, Bahagian Seremban (dan lain2 bahagian di Negeri Sembilan) berani mencadangkan namo2 lain bertanding Presiden dan Timbalan Presiden.. ap macam? Ada berani?
 
Den nak jawab la comment si Nabil kek ateh nie bg pihak ketuo cawangan Paroi Jaya nie....

Cam nie... Mulo2 sekali kau nie agak eh baru setahun jagung agak eh masok politik NS nie kot...Bulu pun baru nak tumbuh kot...he he.. Dulu mano ado Bahagian Rombau... Dulu Rombau dlm Bahagian Telok Komang ngoi!.... KC TPJ TAK PERNAH pun masok Bah. Rembau atau Telok Kemang tau tak....!! Yang mosok dulu ABANG EH! Dah lopehh jadi KETUA PEMUDA BAH. & Dah ponah jadi KETUA PEMUDA UMNO NS!

Kedua eh, Bilo maso plak dio lawan BOSS LAMO eh.... Dia tak bertanding Ketua Bah. pun...!! Dia menawarkan diri utk jawatan Ketua Pemuda Bah. Seremban yang telah dikosongkan oleh Saudara Rosli yang dah abih Had umur.....!! Salah ko? Ekau kalau nak pun buleh calonn kan dirikau sendiri..... Ha ha..bangang na dah tu...

Ketigo, Nie apasal plak libatkan tok mat plak dlm hal nie.... Apa kena mengena tok mat ngan bah Seremban??? Sahak dah tukar nama ke? Ekau nie jeles ( busok hati)ke? Ekau tu kalau tok mat salam pun nak cium tangan dia sampai longan agak eh...!! he he

Keempatnya, tlg la jgn merosak kan nama pelawak kebangaan den si NAbil tu.... Ekau nie tak layak la pakai nama dia... At least pun dia buat lawak, dia buat research dulu.. tak la merabai mcm kau..ikut sedap mulut jer....!

So, berhati hati kawan bila menuduh orang tu.... mmg la kat sini org tak tau sapa kita... tapi ingat lah TUHAN tu kan SENANTIASA bersama2 kita....!

Maaf & wassalam...
 
mat nor awang???
man kuda
 
This comment has been removed by the author.
 
Hallo Bro eraser.......
Jangan emosi sangatlah..kalau yo pun nak jawab biar lah yang empunyo diri yang jawab tak yah guna pr ko wakil ko, jangan kito tambah derito UMNO ni ponoh dengan pembodek yess boss ..siapo yang makan cili mesti raso podeh..tak tahu lah kalau dah namo cili tapi tak podeh........Den nak jawab apo yang kau jawab tu...

Jawapan 1)
Yang den cakap tu bilo kerajaan buek persempadanan semulo..jadi tertubuhlah bahagian rombau..nak jadi cerito dulu senawang ni dalam bahagian seromban..Md Nor Awang, cawangan eh di Senawang..bila bahagian Rombau tertubuh kembali..Senawang ni masuk lah dalam bahgian rombau..yang den utarokan ni bukan apo..kito ni masuk UMNO untuk apo?????kalau dah tinggal kat senawang tu takyah lah pindah pindah laie ko bhg seromban..ini disobabkan maso tu kamcing ngan tok Sahak..aah ikut pindah lak kek cawangan Bandar baru UDO...ehh lawak boto...pasal eh nak nyokong tok Sahak yang mano pada ketiko tu tak nak Pak Ya naik.....heheheheheh..den ni bukan lah baru setahun jagung masuk politik ni en eraser..tapi raso eh dah katam ngan gelagat orang dalam UMNO ni terutamo eh bahagian seromban ni..semuo eh pasal nak kuaso..Pemimpin ni kono jujur.dan kelihatan jujur dan mesti jujurlah..jangan tipu ahli..tu yang den tergolak bilo Mat nor nak lawan sahak tu..bukan apo..itulah bilo kito ni asyik mikir dunio lobih...bilo den cakap korang mesti terasokan tapi itulah dio realiti eh..Orang UMNO ni banyak suko menolak kebenaran..Yang den cakap Ketuo umno paroi Jaya tu bukan apo..dulu pun dalam kem Tok sahak kiro ikut jugaklah kan sampai dapek jugaklah jadi AJK lantikan cumo hari ni bilo dongar cerito dah kamcing ngan Tok Mat abih cerito buruk Tok Sahak pun keluar..hehehehe kelakar aku..sudah sudah lah tu kito ni buek drama..yang mano satu boto pun tak tahulah..biarlah berjuang tanpo ado kepentingan diri..barulah pemimpin itu kito dapek hargai...

Jawapan 2)
Den maksudkan Si Md nOr bukan eh ketua cawangan paroi jaya...janganlah teraso pulak tapi sobab kau dah jawab maksud eh kau terasolah..tak dapek nak tolong..cumo kito ni nak memimpin kono ukur baju kek badan sendiri..kalau tak pandai monari jangan di kobakan lantai eh tak rato..so lu fikir lah sendiri..apo apo den ucapkan selamat berjayo..

Jawapan 3)
Den bukan nak libatkan tok Mat..tapi walaumacam mano pun orang bodoh politik pun tahu Bro..persengketaan antaro Tok mat dan Tok Sahak dah kiro se Malaya tahu..jadi bilo ado pertandingan di bahagian seromban..antaro Mat NOr iaitu pilihan Tok Mat bagi calun DUN Ampangan yang kalah hari tu dengan Tok Sahak..conpirmlah ada unsur unsur Tok mat kek situ samo jugaklah dongan pertandingan Ketuo Pemudo..angin angin eh mestilah ado..kalau tak do angin manolah pokok eh nak bergoyang taktahulah kalau bro eraser pakai kipas......atau goyangkan sendiri pasal UMNO ni pun kito jangan lupo..ramai yang syok sendiri duduk dalam eh..Den takdolah nak dongki atau cemburu tapi apo yang den kobakan ni hasil dari R&D yang den jalankan..kajian kesnyo di Bahagian seromban...Kajian ni lamo den buek dah..dan terbukti..bahawa PRU 12 yang lopeh tu adalah ujian Allah kepado melayu yang ado dalam UMNO...samo ado nak sodar atau tidak kito fikir kanlah...

Jawapan 4)
Kau ingat namo Nabil tu satu yo ko kek dunio ni..Kalau den nak pakai pun tak do kono mengono ngan yang hidup atau pun yang mati........


Apa yang den nyatokan ini bukan lah pertuduhan tapi adalah rumusan dari pemerhatian dan pencampuran den ngan orang UMNO Bhg seromban...sesiapo yang teraso den mintak maap..niat den hanyo nak mengingatkan sesamo kito politik ni kalau nak di ceritokan tak abih-abih..tapi apo yang ponting berjuanglah dengan ikhlas dan penuh tawadduk.......InsyaAllah perjuangan menuju Agama Allah adalah perjuangan yang kekal dan dirahmati.....Kepada yang bertanding dan macai macai..yang mengikut..Buatlah perubahan diri...diri kono berubah dulu baru kito boleh ubah masyarakat....jangan jadi kotam..nak ngajar anak jalan luruih..dio pun jalan tak boto... so to Bro eraser kau ubah lah namo yang ado unsur melayu..barulah nampak kau ni pejuang Melayu.........hehehehehehhe
jangan Marah eh...

Assalamualaikum......
 
Denga cite md nor awang skrg di siasat berhubung kes rasuah... betul ke?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?