Wednesday, June 04, 2008

Yunus tawar diri tentang Rais di Jelebu

SEREMBAN 3 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat (gambar) menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan yang dijadualkan pada 9 Oktober hingga 9 November depan.
Yunus, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang dan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, berkata, keputusan itu diambil atas kesedaran ingin berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan parti.
''Tidak ada mana-mana pihak yang mempengaruhi keputusan saya untuk bertanding merebut jawatan berkenaan,'' tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sekarang disandang oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Rais Yatim.
Kata Yunus, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan, maklum balas dan nasihat daripada ahli-ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.
Dalam pada itu, Yunus turut menyatakan sokongan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga ADUN Pertang, Datuk Razak Mansor, yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Pertembungan yang dijangka menarik di bahagian Jelebu dengan penawaran diri oleh Yb Yunus untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Jelebu.Pertandingan yang membawa kepada kebaikkan semua dan Umno memang dialu alukan dengan penglibatan dan penyertaan yang lebih ramai dari mereka yang mempunyai keyakinan dan semangat untuk meneruskan perjuangan.Ahli ahli diminta memilih calon calon yang benar benar berkaliber dan mempunyai ciri ciri pemimpin yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab.Sudah semestinya ahli ahli di Jelebu lebih arif tentang calon calon yang mereka pilih dan kredibiliti pemimpin berkenaan.Kita sentiasa mengharapkan pertandingan yang bersih dan sihat.
Hari ini kerajaan telah menaikkan tarif petrol dan diesel Rm0.78 dan Rm1 berkuatkuasa 5/06/2008 ini adalah langkah untuk mengurangkan beban subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama diharap mekanisme yang digunakan tidak membebankan rakyat.Seperti kelazimannya harga harga barangan lain akan terus melambung dengan kenaikkan kos bahan api.Juga kenaikkan tarif eletrik yang naik sebanyak 18%.Kos sara hidup yang meningkat memang tidak dapat dielakkan cuma diharapkan mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan dapat digerakkan supaya tidak membebankan rakyat khususnya.Perlaksanaan rebate tunai juga diharapkan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan kerana bilamana 6juta pengguna yang akan menerima faedah tersebut sudah pasti akan berlaku kelewatan dan sebagainya dan ini sudah seharusnya difikirkan bila melaksanakan mekanisme ini.Janganlah ada pula alasan alasan berbangkit kemudian kerana ia hanya akan membebankan lagi pengguna.Diharap kemeterian berkenaan sudah bersedia menghadapi perkara tersebut.

Comments:
iysbgIni lah dia watak & tabiat sebenar pemimpin Umno bila nak bertanding bahagian konon nya telah mengambilkira pandangan ahli-ahli.Pandangan ahli-ahli diminta bila dia ada kepentingan tapi bila masalah rakyat, masalah kemerosotan PRU lepas tidak pernah pun minta pandangan ahli?
Nak bertanding bertanding la tapi ada ke syarat nak bertanding ke beri tahu MB? MB bukannya perwakilan UMNO jelebu. Nak bertandingpun kat kg sendiri tak payah la libatkan MB!
 
ini kiro signal la konon mb bg blessing, gunakanlah kebijaksanaan dan kedibiliti masing2 tidak perlu beritahu rakyat benda yang double meaning
rimau bertenet
 
Org Paroi Jaya nak bertanding bahagian nanti nak pakai nama MB jugak ke?
Tak yah la pakai nama MB, pakai nama PMkan lagi best.
Betul tak En Ehsan?
 
petua-kok raso diri tu takdo tokoh & takdo penyokong rontikanla nak bertanding, tak payahla nak kait namo MB ko namo Pak Lah ko namo agung rontikan, nak bertanding gentlemen jangan gentel jo kojo..
 
Yunus announced to contest Jelebu Chief's post a day after Dato; Rais's comment concerning Ezam rejoining UMNO.

yunus said he asked for MB's blessing to contest or was it the other way round? MB persuadded him to contest seeing that Dato' Rais has changed wind in not supporting Pak Lah? All in view of getting Pak Lah's attention.

Info from Pak Lah's special officer that people like Dato' Rais and Muhydin are now facing media ban,all upon Pak Lah's instruction.

Seems like what TDM said about Pak Lah was true.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?