Monday, April 21, 2008

Aktiviti belia hendaklah membawa impak-MB

SEREMBAN 20 April - Jabatan Belia dan Sukan negeri perlu mengenal pasti aktiviti sukan dan riadah yang diminati belia supaya ia benar-benar memberi impak kepada mereka.Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, amat malang jika produk aktiviti sedia ada tidak mendapat sambutan atau manfaat kepada generasi belia sehingga membawa kepada keruntuhan moral mereka.

berita penuh
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Lagi usaha bersama rakyat yang mana ini akan mendekatkan lagi dan mengenalpasti dengan lebih dekat tentang keperluan dan kehendak belia masa kini.Tok Mat bakal turun padang untuk melihat dan menggerakkan belia dalam apa juga aktiviti berkaitan dan memberi manfaat kepada semua.
Umno Bahagian Seremban seharusnya mengambil inisiatif serupa dalam pembangunan modal insan dan juga keperluan remaja dan belia.Cara-cara lama dan tidak berkesan harus diubah supaya penerapan ciri-ciri rohani dan spiritual selari dengan kemajuan dan kehendak semasa.Mungkin sudah sampai masanya kepimpinan Umno Bahagian Seremban juga ditukar kerana ini juga adalah pandangan dari akar umbi yang mahukan pembaharuan dalam memastikan misi dan matlamat perjuangan Umno dapat dicapai.Seharusnya sekarang bukan lagi masa bercakaran atau pun hanya bercakap inilah masa untuk bergerak dan meneruskan misi perjuangan tetapi jika terus menerus mencari salah dan silap sahaja tidak akan membawa apa apa perubahan dan budaya yesman dan yesboss pasti akan berterusan.Kami mahukan perubahan dan peluang harus diberikan kepada mereka yang lebih berkaliber di Umno Bahagian Seremban.
Pembaharuan dari segi ekonomi dan sosio budaya juga perlu dititik beratkan kerana jurang perbezaan pendapatan antara orang Islam dan kaum lain dapat dikurangkan dan lebih peluang dan pendedahan diberikan kepada para belia dan remaja terutamanya.Ini adalah kerana kemudahan telah sedia ada dan hanya perlaksanaan yang lebih berkesan diperlukan untuk memastikan ia sampai ke golongan sasaran dengan lebih berkesan.Seharusnya PRU12 menjadi isyarat jelas tentang pembaharuan yang diperlukan kerana terbukti calon calon baru pun boleh memenangi kerusi dan mendapat kepercayaan seperti di Lenggeng tetapi ahli ahli Umno sendiri yang harus bermuhasabah kepada perubahan yang lebih berkualiti.Isu tentang pemilihan calon tanpa perundingan tidak begitu relevan kerana mereka mempunyai masa 5 tahun untuk membuktikan kepada rakyat apa yang boleh mereka lakukan.
ps:Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhd Taib kerana telah mewujudkan blog sendiri yang mana beliau yang terkenal dengan gelaran Mr Nice guy akan dapat memberikan pandangan dan buah fikiran yang bernas.

Comments:
gugurkan sahak si kuda kayu
 
Memang sudah sampainya masa sahak undurkan diri dari Umno Bhgn Seremban kerana tiada kemajuan dan kalau ada hanyalah sedikit yang tidak berpadanan dengan statusnya sebagai ketua bhgn dari tahun 1988 dia seharusnya sedar yang ini juga permintaan dari akar umbi yang mahukan pembaharuan dan sayangkan Umno.Apa yang terjadi di Lenggeng penempatan orang Asli yang begitu menyedihkan dan tidak terbela.Isu janda sudah lapuk dan tidak laku lagi
 
Datuk Sahak pembela mereka yang lemah janda janda dan mereka yang memerlukan
 
mengapa nak bising lagi pasal dato' sahak?orang lama, rakyat sekarang taknak dah orang lama, rumah kata pergi kubur kata mariiiii...dari kita sibuk pasal dia baik kita susun balik strategi baru,hidupkan orang-orang baru yang lebih berwibawa!
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?