Monday, February 18, 2008

UMNOPJ WAKE UP-KEEP ON ROLLING

Fly them Umno flags!
KANGAR: Umno members and supporters can now fly party flags and logos during election campaigns.
Umno secretary-general Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad said the Election Commission had recently approved the application to register the use of Umno logo and flags.
“Before this we only used Barisan Nasional logo, as the use of Umno flags were not allowed because we had yet to register with the EC.
"Umno members need not worry as they can now bring or fly the Umno flag while campaigning,” he said after attending an election briefing for the Kangar Parliamentary constituency here on Monday.
Radzi, who is also incumbent Kangar MP, however said the use of the flags was only permissible after the nomination day on Feb 24.
He said all Barisan component parties are also advised not to use government buildings as operation centres which is against election rules.
He also advised them to avoid from organising programmes that could be seen as offering gifts

Comments:
Di N.Sembilan kalau undi PAS yang untung UMNO

Senario politik di Negeri Sembilan untuk PAS adalah amat berbeza sekali dengan lain-lain negeri di Malaysia ini. Ini adalah kerana Melayu di Negeri Sembilan ini tiada seorang pun suara pembangkang. Apabila tiada suara pembangkang maka parti yang berkuasa di negeri ini seolah-olah merasa begitu selesa kerana sokongan majoriti rakyat N.Sembilan.

Apabila parti yang memerintah merasa begitu selesa dengan sokongan majoriti rakyat terutama orang Melayu Negeri Sembilan, maka tidak ada persaingan politik. Ini boleh dilihat denagn tawaran pembangunan untuk Negeri Sembilan ini begitu sedikit jika dibandingkan dengan negeri lain yang kuat pembangkang. Hinggakan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau sanggup pergi ke Kelantan menggerakkan jentera pilihanraya di sana, tetapi tidak menghabiskan sepenuh masa, tenaga dan kewangan untuk menambat hati pengundi, hati petugas UMNO di Negeri Sembilan dan Rembau khususnya.

Kenapa dikatakan di N.Sembilan ini jika undi PAS yang untung UMNO ? Jika diperhatikan, PAS hanya akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan ini, sementara PKR 12 kerusi dan DAP 11 kerusi. Andaikata, satu pencapaian atau keputusan yang hampir mustahil untuk PAS memenangi kesemua 13 kerusi di N.Sembilan ini, adalah mustahil PAS akan memerintah N.Sembilan kerana hanya memenangi 13 dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Justeru itu apabila PAS memenangi mana-mana DUN di Negeri Sembilan ini, sudah pasti DUN tersebut akan menjadi tumpuan UMNO untuk memenanginya semula. Maka besar kemungkinan banyaklah projek pembangunan yang akan dibuat di DUN tersebut yang akan disalurkan melalui Bahagian dan Cawangan-cawangan UMNO di DUN tersebut. Maka siapa yang akan untung sekarang kalau bukan UMNO di DUN tersebut ? Kalau tidak percaya , ahli-ahli UMNO di Negeri Sembilan ini, tanyalah pada ahli-ahli UMNO yang kuat pembangkang terutama di Kelantan dan Terengganu.

Oeh itu orang UMNO, ahli UMNO, ketua-ketua cawangan UMNO , Puteri UMNO , Putera UMNO , tidak perlulah risau untuk mengundi PAS di Negeri Sembilan ini. Anda sendiri yang akan mendapat keuntungan dari sudut material.

Inilah yang dinamakan Politik Logik , Politik Statistik ( The Politic of Logic and the Politic of Statistic )
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?