Wednesday, February 06, 2008
UMNO SEREMBAN PATUT BANTU BARISAN NASIONAL
SEREMBAN 5 Feb. – Semua wakil rakyat dan pemimpin yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian di negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 diminta bersikap jujur bagi mengelakkan kerugian kepada parti.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, adalah menjadi masalah kepada Barisan Nasional (BN) jika calon yang terpilih dan menang pada pilihan raya umum itu nanti mempunyai rekod bankrap atau menghadapi kes mahkamah.
‘‘Ini akan merosakkan parti dan apabila ini berlaku, kita terpaksa pula mengadakan pilihan raya kecil. Hal ini amat merugikan dan akan memberi imej buruk kepada semua,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku teks rasmi KAP di Klana Resort di sini hari ini.
Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sebelum mana-mana calon bertanding pada pilihan raya, mereka perlu mengisi borang pengesahan diri dengan jujur dan ikhlas.
‘‘Kita memang membuat tapisan keselamatan termasuklah pemeriksaan identiti daripada polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan agensi keselamatan lainnya.
‘‘Jadi eloklah mereka yang terlibat bersikap ikhlas dan jujur,” kata Mohamad.
Mengenai satu Bahagian UMNO yang masih belum menghantar senarai calon kepada Badan Perhubungan UMNO negeri, Mohamad berkata, beliau maklum mengenai perkara itu.
‘‘UMNO Bahagian Seremban masih belum memberikan senarai itu dan mereka kata hendak tunggu sehingga Parlimen dibubarkan.
‘‘Saya tidak tahulah sama ada cukup masa untuk menilai mereka atau tidak.” katanya.