Wednesday, February 20, 2008

Rosakkan bendera Kempen tak beretika

SEREMBAN: Selepas 4,000 bendera Barisan Nasional (BN) dan Umno di tiga tempat di Dungun, Terengganu dibuang penyokong pembangkang kelmarin, ia kini merebak ke negeri ini apabila bendera serta banting parti dirosakkan. Ia dikesan Ketua Umno cawangan Gedong Lalang, Alias Hashim, di lokasi berhampiran Surau Mustafa, Gedong Lalang, Ampangan, dekat sini apabila kayu bendera Umno dipatahkan, manakala kain rentang BN dicampak dalam longkang. "Saya menerima panggilan jam 7 pagi tadi (semalam) daripada seorang penyokong pembangkang," katanya.
Setiausaha Jentera Pilihan Raya Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Roshahar Mustafa, berkata kejadian ini membuktikan pembangkang kian terdesak. "Ia kawasan awam dan kami tidak mengusik pun bendera serta kain rentang dipasang Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di tempat berkenaan," katanya dan membuat laporan di Balai Polis Paroi, 8.30 pagi semalam.

Comments:
Isu bendera ni kalau boleh selesai cara baik, kita selesailah cara baik. Seperti apa yang berlaku antara PAS, UMNO dan pihak polis di Rembau. Kita ni kan orang Melayu, kalau perkara boleh bawa berbincang, bawalah berbincang. PAS dengan PAS pun ada kalanya bertegang urat. UMNO dengan UMNO pun adakalanya bertegang urat. Tak manis di pandang generasi muda. PAS bukan punca Melayu berpecah. UMNO pun bukan punca Melayu berpecah. Cerita lanjut di link berikut
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/02/orang-pas-sayang-orang-umno-di-rembau.html
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?