Monday, October 22, 2007
'Bukan soal lupa sejarah' Khairy
SEREMBAN: "Jangan cuba berlari atau berjalan sebelum boleh merangkak." Itu nasihat Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin kepada pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) yang lantang membangkitkan isu setiakawan. Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Pemuda PPP itu sebagai sesuatu tuntutan yang keterlaluan dengan mendakwa parti komponen itu sudah lupa sejarah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik kedua-dua parti. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, berkata PPP sepatutnya mengikuti perkembangan terkini dengan melihat pengaruh parti politik itu sendiri sama ada memberi kesan langsung atau tidak dalam pengagihan kerusi dan bukan membuat tuduhan melulu. "Saya rasa dalam kes ini bukan soal kita semua lupa sejarah. Kita semua tahu PPP masuk dalam gabungan BN dengan adanya agihan kerusi seperti yang kita semua tahu.
"Kita sudah beri pengiktirafan PPP boleh mengembangkan pengaruhnya kepada satu parti tetapi ia masih dalam proses bina semula. Jangan ingat kita boleh kembali ke era kegemilangan 60-an atau 70-an dulu dengan mereka kuasai begitu banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya di rumah terbuka Aidilifitri Pemuda Umno Bahagian Rembau dan Umno Cawangan Kampung Gadong di Balai Raya Kampung Gadong, dekat sini semalam.
Khairy berkata demikian merujuk kepada tindakan Pemuda PPP yang mempertikaikan semangat setiakawan dengan BN dengan mendakwa mereka 'dianaktirikan'. Pada Konvensyen Pemuda PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin, Ketua Pemuda PPP, T Murugiah, ketika berucap dilaporkan mendakwa BN tidak menjadi sahabat yang baik dan setia kepada PPP yang membuat pengorbanan besar untuk perpaduan dan kepentingan negara ketika menyertai BN pada 1972. Berikutan itu, Murugiah menuntut supaya lebih banyak kerusi diberikan kepada PPP pada pilihan raya akan datang. Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau langsung tidak setuju dengan mana-mana parti komponen yang membuat tuntutan seperti yang dibuat PPP itu. Katanya, sebagai seorang pemimpin, mereka perlu lebih matang dan bertanggungjawab tanpa memainkan sentimen agak sensitif. Beliau berkata, jika mereka mahukan lebih banyak kerusi, mereka sepatutnya mengutarakan pendapat di mesyuarat dewan tertinggi BN atau mesyuarat Exco Pemuda BN dan bukan dalam perhimpunan agung.