Friday, September 07, 2007

Kami menyokong Khairy

Anwar saman Khairy isu bela Melayu07-09-2007 07:58:46 PM

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang memfitnah beliau dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak, awal Ogos lepas.
Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu disiarkan di dalam media massa dan elektronik di seluruh negara secara meluas pada 3 Ogos lepas.
Saman itu difailkan oleh peguam caranya, Tetuan Gobind Singh Deo & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada pukul 3.30 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Khairy Jamaluddin membuat kenyataan-kenyataan yang bermaksud bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang boleh dipercayai rakyat Melayu, bukan seorang ahli politik yang mementingkan perjuangan serta hak rakyat Melayu dan berkebolehan untuk mengkhianati perjuangan dan hak Melayu hanya untuk memenangi sokongan rakyat bukan Melayu di negara ini.
Anwar mendakwa Khairy Jamaluddin mempunyai niat jahat semasa membuat kenyataan-kenyataan tersebut yang sebenarnya dusta tanpa sebarang asas dan kebenaran.
Anwar berkata beliau melalui surat peguam caranya bertarikh 15 Ogos lepas telah menuntut, agar Khairy Jamaluddin, dalam masa tujuh hari memberi fakta dan asas mengenai kewajaran beliau menyatakan dan menyiarkan perkataan-perkataan tersebut tetapi sehingga kini gagal berbuat demikian.
Anwar turut memohon injunksi menghalang Khairy Jamaluddin sama ada secara sendiri, melalui agen dan/atau pekerjanya daripada menyatakan dan menyiarkan perkataan-perkataan tersebut terhadap beliau.
Anwar memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. BERNAMA

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?