Saturday, September 01, 2007
Jadi negara terbaik -Pak Lah
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini mengajak seluruh rakyat Malaysia memulakan hari pertama fasa 50 tahun kedua kemerdekaan negara dengan komitmen tidak membenarkan lagi bumi dan minda dijajah.
Seiring dengan tekad itu, Perdana Menteri berkata, beliau dan rakyat Malaysia memegang amanah untuk membawa negara melangkah ke fasa baru kemerdekaan itu dengan menjadi negara moden yang berdaya saing dan berupaya menandingi mereka yang terbaik di dunia.
Berucap pada acara kemuncak Perayaan Raksasa Merdeka Ke-50 di Stadium Merdeka di sini, beliau mengingatkan rakyat bahawa laungan ‘Merdeka’ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang bergema di stadium itu pada 31 Ogos 1957 bukan sekadar laungan.
‘‘Laungan ini diberikan erti, diberikan makna, diperlengkap dengan tindakan, diperkemas dengan gerakan, berpandukan resipi untuk membangunkan sebuah negara bangsa agar benar-benar berdaulat dan mulia, maju dan makmur, bersatu dan berpadu, dihormati dan disegani.
“Kita tidak akan mengizinkan berlaku ketidakadilan dan kebimbangan terhadap jaminan masa depan mana-mana warga.
“Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak, tempat berteduh setiap warga Malaysia, ia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat,” katanya.
Turut berangkat pada perayaan bersejarah itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, raja-raja Melayu dan para pemimpin asing.
Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Pada sebelah pagi di Dataran Merdeka di sini, Perdana Menteri menyaksikan perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-50 yang berlangsung dalam suasana yang penuh meriah, bersemangat dan berwarna-warni.
Dalam ucapannya di Stadium Merdeka, Perdana Menteri menegaskan, merdeka bukan sekadar kata keramat yang mengandungi tujuh huruf serta memiliki tiga suku kata.
Sebaliknya, kata beliau, merdeka adalah hasil daripada azam kukuh dan perjuangan
suci untuk membela tanah pusaka dan merupakan puncak pencapaian satu perjuangan untuk memulakan perjuangan baru.
‘‘Merdeka terbina atas tiang sejarah untuk membina sejarah baru dan ia adalah milik berharga negara bangsa. Berdosa bagi mereka yang mempersia-siakannya dan biadab bagi mereka yang tidak menghormatinya.
‘‘Di Stadium Merdeka ini, laungan merdeka digemakan 50 tahun lalu. Laungan itu telah digemakan selama 50 tahun, laungan itu akan terus digemakan selama-lamanya, selagi adanya bulan dan selagi adanya matahari,’’ ujar beliau.
Menurut Abdullah, kejayaan itu adalah hasil usaha pelbagai pihak terutama barisan kepimpinan berwawasan jauh bermula dengan Tunku Abdul Rahman sehingga Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, kerajaan menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan rakyat negara ini daripada kongkongan pemikiran kolonialisme.
‘‘Kita juga menghargai sumbangan barisan kakitangan perkhidmatan awam, sektor swasta, sektor perniagaan, sektor kewangan, sektor perkhidmatan, pendidik, guru, badan kehakiman, badan perundangan, pekerja biasa, peniaga kecil, pemandu teksi, penarik beca, petani, nelayan, peneroka, dan penternak yang turut bersama-sama membantu menjana ekonomi,” katanya.
Abdullah menegaskan, tidak ada batas waktu bagi perjuangan untuk mengisi kemerdekaan serta tiada noktah untuk melaksanakan usaha meningkatkan kualiti hidup dan memakmurkan negara.
‘‘Setiap hari kita dan generasi selepas kita perlu terus berfikir, perlu terus berusaha, perlu terus bekerja untuk memajukan negara,” tegas Perdana Menteri.