Monday, February 12, 2007

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_907c5e4a-c0a85062-f9d4f700-926f3178

Pemandu teksi jangan ambil kesempatan caj lebih
05-02-2007 01:59:34 PM

Tahun Melawat Malaysia 2007 baru memasuki hari ke 34 tetapi berbagai aduan dan rungutan sudah diterima mengenai caj yang dikenakan oleh pemandu-pemandu teksi di Malaysia.Ini boleh menjejaskan kempen melawat Malaysia kerana pelancong dalam dan luar negara akan merasa tertipu dengan duta-duta kecil ini yang mempunyai peranan yang lebih besar dalam menjana ekonomi negara dan bukan hanya sekadar mengaut keuntungan singkat.
Jika pelancong luar negara yang tiba di Malaysia sudah pastinya akan menggunakan perkhidmatan teksi dan jika tanggapan pertama (first impression) yang mereka terima tidak baik, mungkin imej buruk Malaysia ini akan dibawa bersama balik ke negara mereka.
Saya mencadangkan sebagai langkah kawalan, pihak berkuasa boleh menetapkan setiap teksi bermeter mengeluarkan resit untuk setiap caj yang mereka kenakan yang terkandung butir-butir perjalanan beserta nombor teksi.Ini boleh memudahkan pemantauan kerana terdapat bukti bagi setiap transaksi dan juga boleh mengelakkan pemandu dari mengambil kesempatan dan juga mengelakkan juga pemandu dari ditipu oleh penumpang yang tidak bertanggungjawab.
Majulah teksi untuk Malaysia
-junkopile-

Comments: Post a Comment

Links to this post:

Create a Link



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?