Friday, January 30, 2009

MB Negeri Sembilan nafi ADUN mahu keluar BN

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan khabar angin kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menyertai pembangkang.

"Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam akhbar berbahasa Cina kononnya ada ADUN dari Negeri Sembilan akan melompat parti.

Mohamad berkata, wakil rakyat BN di Negeri Sembilan mempunyai integriti yang baik dan jati diri yang kuat serta sayangkan parti.

"Saya tidak nampak mereka ini senang dipujuk dan mudah melompat keluar dari Umno walaupun ada antara mereka telah tewas dalam pemilihan peringkat bahagian masing-masing. Semangat mereka kepada parti masih kuat," katanya. BERNAMA

------

Senario politik yang sudah dijangka dan tidak menghairankan bilamana Mb Perak membuat dakwaan sebegini. Bila diminta membuat pendedahan antara jangkaan jawapannya ialah tidak dapat didedahkan buat masa ini. Sedang meneliti keadaan semasa, masa yang tidak sesuai dan bermacam macam lagi.

Apa pun komen yang diberikan tidak lagi penting kerana yang penting ahli ahli Umno dan kepimpinan perlu tetap fokus dalam melaksanakan tanggungjawap kepada rakyat dan negara. Seharusnya polemik murahan tidak menjadi isu atau pun menggangu konsentrasi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Perubahan yang lebih drastik diperlukan dan  jentera jentera Umno seharusnya mendekati rakyat tidak kira masa dan tempat. Kerana apa yang dilakukan pembangkang tidak menjejaskan apa apa pun sebenarnya kerana mereka tidak dapat melakukan apa apa selain dari janji janji kosong yang ditaburkan.


Friday, January 09, 2009

Kekejaman Israel

Sekitar Bantahan terhadap Israel di kedutaaan As. Dunia Islam seharusnya sudah mula bertindak dengan lebih efisen dan agresif bukan sekadar bantahan dan resolusi kerana ia ternyata tidak membawa apa apa makna sedangkan pembunuhan dan kematian di bumi Gaza Palestine semakin menjadi jadi dan ternyata As masih lagi bersandiwara dengan menjadi penyokong kuat Israel dan kekejaman yang dilakukan
 

This page is powered by Blogger. Isn't yours?