Sunday, October 29, 2006

MUSIM HAJI TELAH TIBA LAGI

Mengerjakan haji, jihad fi sabilillah sama darjat

DARIPADA Aishah RA katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui jihad adalah sebaik-baik amalan. Apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” (al-Bukhari)

HuraianHAJI juga disebut oleh Rasulullah sebagai ibadah yang darjatnya sama dengan jihad fi sabilillah, kerana apabila seseorang itu mati ketika menunaikan ibadah haji, matinya itu tergolong seperti mati syahid. Rasulullah SAW bersabda: "Jihad orang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji" (an-Nasa'i). Oleh itu setiap muslim harus menunaikan ibadah haji dengan sebaik-baiknya sebagai mana ibadah lainnya iaitu ia mestilah disertai dengan hati yang ikhlas kerana Allah dan dalam rangka memperoleh keredaan-Nya.Apabila keikhlasan tertanam dalam jiwa, meskipun pelaksanaannya kelihatan berat dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga, waktu, perasaan bahkan nyawa, seseorang muslim akan dengan sendirinya terasa ringan untuk melakukannya. Sebaliknya, tanpa keikhlasan, bukan saja ibadah yang berat seperti tawaf yang memerlukan manusia bersesak-sesak, wuquf di dalam cuaca panas terik, melontar yang bakal dihujani pelbagai risiko dan sebagainya, malah ibadah ringan pun terasa berat dilaksanakannya jika hati tidak disertai keikhlasan. Itulah sebabnya haji termasuk dalam konteks jihad dalam beribadah. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SELAMAT BERJAYA UNTUK PARA CALON SPM 2006 TERUTAMANYA WARGA PAROI JAYA, JUGA TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT PELAJAR YANG CEMERLANG UNTUK PEPERIKSAAN UPSR. BUAT YANG TAK BERJAYA CUBA YANG TERBAIK UNTUK PMR ANDA.CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG
SALAM AIDILFITRI 2006





SAMBUTAN AIDILFITRI 2006 dirumah Tn Hj Mat Najri dan juga Tn Hj Syukri semoga aidilfitri akan lebih ceria( berbaju hitam tu memang kuat makan)

This page is powered by Blogger. Isn't yours?