Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 kepada semua warga Umno dan rakyat Malaysia pada hari dan bulan yang mulia ini. Semoga kita dapat menghayati erti kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan segala aspek berkaitan kemasyarakatan. Umno terutamanya di bahagian Seremban jangan terlalu leka dengan agenda agenda pihak yang cuba mengalih perhatian dan mengambil kesempatan atas situasi semasa dalam melemahkan perjuangan Umno dalam memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu...Salam Ramadhan


Comments:
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. orang melayu jangan lagi terlena
kebebasan bersuara hanya dimanipulasi oleh golongan atau pun kaum yang memberi keuntungan kepada mereka. sedangkan orang melayu kalau bersuara akan dituduh racist atau pun perkauman. nameshitwee boleh membuat klip video yang ditonton diseluruh dunia tetapi isu guru di johor di sebuah sekolah digembar gemburkan dan diperbesarkan. walau pun benar atau pun tidak sesuatu isu haruslah diadili dengan teliti. orang melayu harus sedar yang ini pendekatan yang diguna pakai zionis dalam mentadbir dunia melalui proksi mereka dengan memanipulasi media dan sumber perhubungan. orang melayu harus bangun dan berani menyuarakan pendapat dan pandangan

dua pemuda ditahan kerana cuba membakar bendera indonesia..belum bakar lagi. tidak menjadi kesalahan seharusnya mereka patut dipuji kerana sayangkan tanahair mereka. walaupun kita mahukan perhubungan yang harmoni tetapi indon harus juga menghormati malaysia. dan jika kita sendiri menghalang rakyat malaysia menunjukkan bantahan sebagai tanda cintakan tanahair adalah tidak menghairankan jika di indonesia bendera malaysia di pijak pijak
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?