Wednesday, August 20, 2008

Giliran Anwar pula bersumpah

SEREMBAN 19 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar mempertikaikan sumpah laknat yang dilakukan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Sebaliknya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan berkata, setelah Mohd. Saiful berani bersumpah kini giliran Anwar pula berbuat demikian untuk menjernihkan keadaan.
"Satu pihak sudahpun bersumpah, kalau betul Anwar tidak melakukannya (liwat) apa yang hendak ditakutkan atau disorokkan, lakukanlah perkara yang sama. Bersumpahlah tidak sampai 10 minit pun.
"Begitu juga kalau betul Anwar seorang yang warak dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan seperti itu, beliau tidak perlu takut. Hanya orang yang bersalah saja takut berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my

Tok Mat mengulas mengenai sumpah mubahalah dalam kes liwat Saiful, walaupun jelas belum ada keputusan mahkamah dalam kes ini tetapi sebagai seorang Islam yang percaya akan kebesaran Allah S.w.t tiada salahnya melakukannya demi membersihkan nama dan kekeliruan masyarakat. Pasti masyarakat akan tertanya tanya jika hanya suatu pihak yang melakukannya dan tidak kedua duanya dalam mencari kebenaran. Tetapi bagaimanapun selagi tiada keputusan mahkamah janganlah kita menghukum seseorang itu dengan segala andaian.
Bak kata Tok Mat tiada apa yang perlu ditakutkan jika tidak melakukan sebarang kesalahan cuma yang bersalah sahaja takut akan kebenaran. Yang jelas pada pandangan kami disini pasti ada pihak yang bersalah dan pasti Allah S.W.T akan memperlihatkan kebenaran kepada kita semua.

Comments:
Esok mmg Anwar akan bersumpah sbg MP di Parlimen!!!

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!!
 
Bro suruh la Mat Nor Awang bersumpah pulak yg dia tak ada bagi rasuah wang kpd ahli Umno Cawangan untuk pemilihan ketua bahagian atau bro sendiri bersumpah yg bro jugak tak ada terlibat dlm rasuah atau janjikan projek kpd pemuda2 dlm pemilihan ketua pemuda bahagian!
Jgn suruh Anwar bersumpah, bro kalau berani, bro la bersumpah seperti yg gua cabar tu!
Jgn pakai cakap je nanti cakap tak serupa bikin tu sebab org benci dgn perangai pemimpin Umno skrg ni.
Kan org Umno skrg ni suka bersumpah!!! jadi gua tunggu org Umno di dlm bahagian Sban bersumpah!
Apa hal nak suruh Anwar bersumpah, lu sendiri la bersumpah kalau lu tak ada rasuah ahli pemuda Umno Sban.
 
hmm betul ke umnotulin? dpt byk projek ke pemuda umno seremban ni?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?